Zulfadli iringi Chong Wei

/
0 Comments

Zulfadli iringi Chong Wei


Persatuan Badminton Malaysia (BAM) akhirnya ‘mengorbankan’ pemain mereka sendiri, Chong Wei Feng dengan memilih juara remaja dunia 2011, Zulfadli Zulkiffli untuk menggalas cabaran ke Kejohanan Dunia di Jakarta, Ogos ini bagi mengiringi Datuk Lee Chong Wei.


Pemilihan Zulfadli, 22, diumumkan selepas BAM mengadakan satu mesyuarat khas di Stadium Juara, Bukit Kiara semalam, sekali gus menyaksikan pemain naungan mereka, Wei Feng terpaksa melupakan kejohanan 10-16 Ogos itu biarpun layak secara merit.

Isu pemilihan pemain ke Kejohanan Dunia mula timbul selepas Chong Wei gagal mendapatkan tiket wildcard daripada Persekutuan Badminton Dunia (BWF) dan naib juara dunia dua kali itu tidak layak beraksi selepas mengalami kejatuhan ranking ke tangga 45 dunia ekoran digantung lapan bulan akibat kesalahan doping.

Situasi itu memaksa salah seorang daripada Wei Feng, yang menghuni ranking ke-32 dunia dan Zulfadli (No. 41 dunia) terpaksa dikorbankan bagi memberi laluan kepada Chong Wei, sebelum Jawatankuasa Eksekutif BAM akhirnya memutuskan untuk memberi slot tersebut kepada Zulfadli.

Presiden BAM, Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff berkata, tumpuan badan induk itu kini lebih terarah kepada memberi peluang buat pemain muda beraksi dalam kejohanan antarabangsa berbanding menampilkan pemain sama.

“Zulfadli akan beraksi pada Kejohanan Dunia kerana dia merupakan pemain muda, selain berpotensi untuk maju di masa akan datang.
“Chong Wei pula mempunyai peluang yang sangat tinggi untuk mencipta kejayaan dan atas sebab itu dia turut dipilih beraksi pada kejohanan tersebut.


“BAM akan menghantar lebih ramai pemain muda ke kejohanan antarabangsa bagi memberi pendedahan kepada mereka, contohnya Lim Yin Fun di hantar ke Piala Sudirman dan Goh Jin Wei ke Sukan SEA. Ini penambah baikan dalam BAM,” katanya.

Bagaimanapun kata Tengku Mahaleel, BAM akan terus memberi sokongan kepada Wei Feng, terutama membantunya meraih mata bagi layak ke Sukan Olimpik 2016 di Rio.

Katanya, pihaknya sudah memaklumkan kepada Wei Feng sebelum membuat keputusan dan kini pemain kelahiran Sungai Petani, Kedah itu akan memberi fokus kepada misi mencari mata kelayakan ke Olimpik.

Sementara itu, Weng Feng ketika ditemui mengakui kecewa dengan keputusan ini dan menganggapnya sebagai tidak adil.

Tegas Wei Feng, pada dasarnya dia telah layak secara merit, malah berada pada ranking lebih baik daripada Zulfadli.

“Memang saya kecewa dengan keputusan ini sebab pada dasarnya saya layak secara merit, tetapi bila jadi perkara seperti ini ia memang tidak adil kerana ranking saya paling baik,” katanya.


Zulfadli pula menyuarakan rasa simpati terhadap Wei Feng, namun dalam masa yang sama berjanji akan memberi aksi terbaik bagi membalas kepercayaan BAM.

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/badminton/zulfadli-iringi-chong-wei-1.90832#sthash.2jPF73BV.dpuf

Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit


    You may also like

    No comments:

    LightBlog