Friday, May 8, 2015

Rombakan besar di Old Trafford

Rombakan besar di Old Trafford

Manchester United telah mempersetujui untuk membeli Memphis Depay dengan harga £25 juta. Val Gaal juga bakal melakukan tranformasi ke atas skuad kendaliannya musim hadapan.


Buru Gundogan dan Hummels

Van Gaal dari musim ini terus memburu Matt Hummels yang di jangka akan berpindah setelah Jurgen Klopp meletakkan jawatan. Selain Hummels, Van Gaal juga akan mendapatkan Gundogan bagi menggantikan Carrick yang telah di mamah usia.


Transformasi yang telah di buat Van Gaal dengan menggunakan taktik favouritenya iaitu 3-4-1-2 dan telah melupuskan taktikal lagenda 4-4-2 yang di gunapakai sekian lama.

Van Gaal juga perlu memastikan dia tidak kehilangan De Gea pada musim hadapan yang di buru Real Madrid.

Tetapi, bagaimana nasib Van Persie, Juan Mata, Antonio Valencia, Ashley Young, Rafael, Evans dan Jones yang pernah menjadi solid rock di zaman Sir Alex (kecuali Mata).

Adakah dengan 3-4-1-2 Van Gaal akan memperoleh pelbagai trofi?


Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit
    Recent Comments Widget