Saturday, May 16, 2015

Sukan ragbi Malaysia di tahap TERBAIK!




Salam sejahtera kepada semua. Mari kita straight to the point. Kejohanan ragbi ARFU menyaksikan Malaysia dalam langkah kanan apabila berjaya menundukkan Taiwan dan UAE dalam 2 perlawanan pertama.

Kejayaan pasukan ragbi Malaysia kali ini dikatakan sangat bermakna kepada warga ragbi Malaysia walaupun ragbi tidak diiktiraf sebagai sukan teras, yakni dengan kata lain, merupakan sukan anak tiri dan kurang mendapat sambutan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Namun, pendapat di atas merupakan percanggahan yang nyata. Secara jujurnya admin merupakan pemain ragbi dan masih bergiat aktif, malah seringkali mengikuti perkembangan ragbi dalam dan luar negara. Dan pemain ragbi di Malaysia dikatakan ramai walaupun tidak seramai pemain bola sepak. Sukan ragbi juga mendapat sambutan yang hangat di samping persatuan ragbi negeri turut menjalankan liga seperti KRS League (Kesatuan Ragbi Selangor), Liga Putrajaya dan Liga Kedah sebgai contoh.

Isu sukan ragbi tidak diiktiraf sebagai sukan teras bukanlah sesuatu yang baru, malah sudah berbuih mulut pihak atasan MRU membentangkan pelan pembangunan sukan ragbi ini. Dan kebetulan pula, terdapat warga ragbi Malaysia yang mengeluarkan kenyataan kesal atas pendirian badan sukan induk negara kerana mengabaikan sukan ragbi tetapi terlalu fokus kepada sukan bola sepak yang rankingnya entah ke mana.

Ulasan Encik Khairulanwar Yusof (rakan saya) yang juga merupakan pemain ragbi ini merupakan suatu point penting yang perlu dilihat dengan teliti terutamanya badan sukan induk negara. Mari kita sama-sama membuka akal fikiran kita dengan membaca ulasan beliau:

World Rugby telah mengeluarkan ranking terbaru dan menunjukkan ranking Pasukan Ragbi Malaysia telah melonjak naik daripada 61 kepada 57 dunia. Ramai peminat ragbi yang tumpang gembira dgn pencapaian sukan ragbi negara kini. Tetapi apa yang menyedihkan, sukan ragbi masih tidak diberi keadilan yang sama seperti sukan2 yang lain dari segi peruntukan dana dan kewangan. Bayangkan lah pasukan yg menjuarai Liga Ragbi tertinggi di Malaysia iaitu Kejohanan Ragbi Liga Super pun hanya dpt RM5000 (Rm5000 perlu dibahagikan kepada 30 pemain beserta pegawai2). Rm5000? Liga tertinggi kat Malaysia tu!! Mana nak bayar gaji pemain import? Elaun training pemain tempatan? Elaun tournament? elaun makan dan minum? dan bermacam2 lagi. Pemain import kebiasaanya diambil terus dari Fiji yang menelan belanja berbelas ribu (dari segi makan, pakaian, visa dan sebagainya) Mana nak bayar player local lagi utk elaun latihan dan sebagainya, jadi anda rasa RM5000 cukup utk semua itu?? Kadang2 kesian tgk pihak pengurusan kelab/pasukan yg terpaksa menangung kerugian sbb nak menubuhkan pasukan atau kelab ragbi ni.
Saya faham ragbi tidak seperti sukan bola sepak, badminton dan futsal yg rata2 nya menawarkan hadiah wang tunai yang tinggi walaupun kejohanan peringkat negeri sahaja. Kami peminat-peminat ragbi tanah air cuma mengharapkan satu hari nanti akan ada keseimbangan dan keadilan yg diberikan kepada pasukan ragbi dari segi kewangan dan kebajikan kepada pemain2 ragbi di Malaysia. Tak bangga ke anda? melihat pasukan ragbi kita yg berada di tangga 57 dunia sekarang!! Berpuluh2 ribu dihabiskan utk pasukan bola sepak Malaysia tetapi kesudahannya pasukan bola sepak masih berada di ranking 164 dunia (takda niat nak menjatuhkan bola sepak cuma terkilan sukan ragbi tidak diberi hak dan layanan yg sama seperti itu). Ini boleh dilihat apabila pasukan ragbi wanita Malaysia yg ingin bertanding di sukan asia terpaksa mengutip dana sendiri kerana hanya peruntukan kecil yg diberikan.
Saya igt lagi di waktu zaman persekolahan dulu, ramai pemain2 ragbi sekolah saya yg terdiri drpd pelajar2 yg nakal, kuat gaduh, kaki pukul, tetapi apabila mereka bersatu di bawah pasukan ragbi sekolah, ramai yg berubah menjadi baik, berdisiplin, mementingkan sikap setia kawan dan byk lagi benda2 positif yg kadang2 kita tidak perasan yg Sukan Ragbi ni mampu memberi impak positif yg menyeluruh kepada individu. Kalau tak percaya lagi korang boleh try cari film 'Invictus' (berdasarkan kisah benar) korang tgk mcm mana President South africa Nelson Mandela baiki perpecahan kaum yg berlaku di negara South Africa dengan hanya Sukan Ragbi.
Maafkan saya jika ada pihak tersinggung dgn status ini. Status ini ditulis bukan bertujuan hendak menyalahkan mana2 pihak, status ini cuma luahan hati peminat yg cintakan sukan ragbi di Malaysia ini. Terima kasih MRU yang tidak pernah berputus asa memartabatkan sukan ragbi di Malaysia biar pun tidak mendapat dana dan kewangan yang kukuh, terima kasih Astro Arena (Ruck and Roll) yang sentiasa memberi liputan yang menyeluruh kepada perkembangan sukan ragbi di Malaysia. Marilah kita sama2 doakan kemenangan perlawanan terakhir (ARFU) pasukan ragbi Malaysia yang akan menetang pasukan Thailand esok. Untuk kejohanan ini pasukan ragbi negara telah menewaskan Taiwan dgn 46-13 dan menewaskan UAE 20-19. Semoga sukan ragbi di negara Malaysia terus maju setapak kehadapan dari masa ke semasa. AMIN ‪#‎RagbiPadu‬

Ulasan Encik Khairulanwar Yusof perlu diteliti dan diperhalusi kerana kesemua point yang diberikan adalah munasabah dan betul. Saya sebagai peminat serta warga ragbi Malaysia merasakan bahawa sukan ragbi perlu diberikan perhatian dan dinaik taraf kepada sukan teras. 


Marilah kita sokong pasukan negara pada hari Sabtu ini. Lawan Thailand kot. Misi penting negara. Masuk stadium pun free. Sapa nak bagi free wei. Masuk stadium tengok bola pun kena bayar. Fikir-fikirlah wahai teman.

-bergkamp-
-sumber gambar: facebook Malaysian Rugby Union

Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit
    Recent Comments Widget