Wahai BAM, korang buat kerja ke tak nie???
Aku sebenarnya kesian dekat Dato' Lee Chong Wei kerana beban dan tanggungjawab yang digalasnya dalam membawa nama Malaysia di puncak dunia. Hakikatnya, beban dan tanggunggang yang digalasnya secara berseorangan.
Di mana rakan-rakan pasukan badminton yang lain. Mana pemain-pemain pelapis yang lain. Senario ini seolah-olah BAM macam tak wujud. tak nampak pun hasil gerak kerja BAM. AKu sebagai rakyat Malaysia, berasa sangat sedih dengan perkembangan terkini. Kejohanan dunia, Lee Chong Wei mendapat tempat kedua dan aku ucapkan tahniah. Walaupun diusia yang agak veteran, namun masih bisa dan mampu memberikan cabaran diperingkat dunia.
Korang tengok gambar dibawah. Generasi Lee Cong Wei, musuh-mush Lee Chong Wei. Kebanyakkan mereka sudahpun kurang aktif dan lebih menumpunakan hal masing-masing dan membantu pemain-pemain muda negara masing-masing. Tapi, di Malaysia, Lee Cong Wei masih lagi bermain. Adakah BAM sedar dengan situasi sebegini??
Kuasa-kuasa badminton dunia yang lain seperti Indonesia, Denmark dan yang paling ketara, China sentiasa membawa pemain-pemain muda untuk bersaing di pentas dunia dan hasilnya sekarang, sangat-sangat memberangsangkan.
Teringat semasa Kejuaraan Remaja 2007 yang mana Cheng Long menjadi juara dan Mohd Arif Latif menjadi naib juara. Di mana Arif Latif sekarang? Yang pasti, Cheng Long sudahpun menjadi juara dunia.
Wahai BAM. Rakyat Malaysia sentiasa memerhatikan kerja korang semua dan sedarlah, yang kami sedih dengan perkembangan yang sedang berlaku ini. Kalau agak-agak tak boleh buat kerja, tolong letak jawatan. Baik jadi CEO company GLC mana-mana. tak payah jaga BAM. Bagi kepada orang yang boleh buat kerja.
Tolong eh...
-luis Garcia-
Dapatkan jersi bola murah di Stylo Shop
Labels: Lain
3 Comments:
Apa masalahnya...ketengahkan bakat muda baru, bukan Malaysia cap ayam sangat dalam badminton..cuma pengurusan dalaman je ada masalah kot.
Kepimpinan dh semakin teruk. Dari hal negara smpi ke hal sukan.Yg patut letak jawatan degil nak mampus. Gila kuasa gila nama.Smpi bila pun sukan badminton Malaysia tak kan maju.Persoalan kenapa anak2 Sidek keluar dari BAM? pikir2kan lah.
Budak dnmark yg sblh chen long 2 kalo xsilap naib juara rmja dunia blkg zulfadli.mn zulfadli skrg.knp playr mcm arif dn zul xdigilap bsungguh.knp player2 yg xpnh dgr pon potensi sblm ni mndpt tmpt dlm bam.da tbukti playr yg ad dlm bam skrg xhebat mn pon wlu d asuh bsungguh oleh bam.knp coach bgus mcm misbun bleh ad mslh ngn bam,sedgkn ms dy mula2 latih chong wei xdk mslh.bila chong wei da top ad plak mslh.knp rashid pon ad mslh ngn bam.main politik byk sgt.kang kalo kta racist mau mloncat puak2 ni.
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home