Tuesday, September 2, 2014

Ucapan takziah kepada waris Md Amirul Hakim Samsuddin, Pemain Piala Presiden JDT

Kami di Stylo Sport merakamkan ucapan takziah kepada waris Md Amirul Hakim Samsuddin atas kejadian yang menimpa arwah.

Al Fatihah..
JOHOR BAHARU 31 Ogos - Seorang pemain bola sepak skuad Piala Presiden Johor Darul Ta'zim (JDT) meninggal dunia manakala rakannya cedera apabila motosikal yang ditunggangi mereka berlanggar dengan sebuah kereta di KM43.5 Lebuhraya Senai-Desaru menghala ke Desaru, Kota Tinggi, di sini tengah malam tadi.
Timbalan Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Shahrul Anwar Md Idris berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 12.40 tengah malam ketika Md. Amirul Hakim Samsuddin, 18, dan rakannya Mohd Rafi Abu, 29, mengikuti konvoi beberapa buah motosikal dari arah Pasir Gudang untuk menyambut Hari Kemerdekaan negara.
``Md. Amirul Hakim menunggang motosikal terbabit manakala Mohd. Rafi adalah pembonceng. Dipercayai motosikal mereka berlanggar dengan kereta yang datang dari arah bertentangan,'' katanya ketika dihubungi hari ini.
Shahrul Anwar berkata, Md. Amirul Hakim yang dilaporkan parah di bahagian kepala meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Sultan Ismail, Pandan, di sini.
Beliau berkata rakannya turut dihantar ke hospital yang sama bagi menerima rawatan manakala pemandu kereta terbabit tidak mengalami kecederaan. - BERNAMA

JOHOR BAHRU: Pemain Piala Presiden Johor Darul Takzim (JDT), Mohamad Amirul Hakim Shamsudin, 18, maut dalam kemalangan di Kilometer 43.5 Lebuhraya Senai-Desaru arah Desaru, dekat sini awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, pemain pertahanan skuad kendalian Ramlan Rashid meninggal dunia akibat kecederaan parah yang dialami ketika dalam perjalanan ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk mendapatkan rawatan.
Sementara itu, Kelab Penyokong Bola Sepak Johor Darul Takzim, dalam entri terbaru Facebook kelab berkenaan, mengucapkan takziah kepada keluarga Amirul.
"Bumi Johor kehilangan satu permata yang baharu digilap namun sedar bahawa setiap yang datang dari-Nya akan kembali jua kepada-Nya.
"Kami mewakili seluruh penyokong Harimau Selatan berdoa agar roh beliau dicucuri Rahmat dan ditempatkan di kalangan mereka yang diredhai. Al-Fatihah," katanya.
Artikel Penuh: http://www.bharian.com.my/node/3608

Dapatkan jersi bola murah di Stylo Shop

    Labels:

    0 Comments:

    Post a Comment

    Subscribe to Post Comments [Atom]

    << Home