Balotelli £16juta, Welbeck £16juta.
Persoalan di sini, yang mana satu lebih berbaloi? Mario Balotelli ataupun Daniel Welbeck? Harga yang serupa, posisi yang sama, tetapi kelab yang berbeza.
Dengan nilai perpindahan yang sama, £16juta setiap seorang, maka disini telah berlaku perbincangan sama ada nilai tersebut adakah berbaloi dengan persembahan dan kualiti yang dimiliki. Yang pasti, kedua-dua mereka mewakili negara masing-masing.
Kalau kita bercakap dengan fan Liverpool, sudah pasti mereka akan mengatakan Mario Balotelli adalah pembelian yang berbaloi dan boleh dikatakan murah dengan kualiti yang dimiliki Balotelli. Masalahnya, displin yang agak bermasalah juga menyumbang kepada nilai perpindahan tersebut. Bagi aku, harga yang dibeli Liverpool adalah agak berpatutan. tapi persembahan di dalam padang dan diluar padang boleh dipertikaikan. Malah dalam perlawanan debut aritue, Balotelli seolah-olah masih tercari-cari rentak permainan. 3 peluang keemasan, dibuang bergitu sahaja.
Welbeck pula bagaimana? Aku berpendapat, Welbeck merupakan pembelian berbaloi. Nilai £16juta agak murah. Dan selalunya, pemain England selalunya sangat mahal. cuba kita lihat rekod-rekod seblum ini sebagai contoh Lallana, Shaw. Sangat mahal. Tapi, Welbeck, hanya £16juta. dan masih berusia 21 tahun. masih jauh lagi potensi yang boleh diterokai. Mungkin Welbeck dapat menyinar di Arsenal. Siapa tahu kan. Mungkin, Welbeck boleh melangkaui kehebatan Thierry Henry. Henry dulu dalam Juventus pun bangang jer,tapi selepas menyertai Arsenal... BOOM...
Itu semua pendapat aku lah. Korang nya pendapat, aku tak tahu. Terpulang kepada hak masing-masing. Dan nilai £16juta sama ada untuk Balotelli ataupun Welbeck, macam harga yang sesuai jer aku tengok.
-luis Garcia-
Dapatkan jersi bola murah di Stylo Shop
Labels: EPL
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home