Friday, September 12, 2014

Mari berfutsal bersama Stylo Sport @ Uptown Sports Bangi.


Malam semalam admin berkesempatan bermain futsal dengan rakan seofis. Tapi biasalah kan, ofis kekurangan jejaka-jejaka. Terpaksa lah main 10 orang je. Penat giler.  Dah la jarang-jarang main sekarang, nak buat macam mana, anak dua. Hahahhaah


Apapun, apa yang nak kami khabarkan disini adalah, ini adalah kali pertama admin dan rakan-rakan bermain di Uptown Sports, Bangi. Iya. Uptown Sports Bangi. Belakang Shell tue yang berhampiran kedai Soho, dekat dengan kilang Sate Kajang. Iyer, Bandar Baru Bangi. Dekat dah la tue.


Jadi, kami di Stylo Sport ingin menjemput pembaca Stylo Sport di luar sana yang tinggal berhampiran Bangi, Kajang, Putrajaya atau yang berdekatan sertai kami bermain futsal. Kami memang selalunya tak cukup korum. Ala, kalau korang duduk Shah Alam pun kami tak kisah, kita main suka-suka sahaja. Tak terer mana pun, setakat sepak-sepak tue, boleh la.

Antara gambar-gambar yang berjaya disnap semasa bertandang ke Uptown Sports Futsal @ Bangi. Tempat selesa untuk beriadah, lengkap dengan semua kemudahan asas.





Bagi sesiapa yang berminat boleh tinggalkan nama dan no fon di ruangan komen ataupun email kami di stylosport2014@gmail.com. Kalau ramai yang berminat, sampai boleh buat tournament, kita buat tournament. Hahahha.. Kalau ramai sangat la.

Hehheheh

-AJK Pusat Stylo Sport-
hahahhahahah...


Dapatkan jersi bola murah di Stylo Shop
    Recent Comments Widget