Neymar kini dilantik sebagai kapten pasukan Brazil
Dunga, pengurus dan jurulatih pasukan Brazil berkata yang Neymar akan mengambil galas kapten daripada Tiago Silva walaupun baru berumur 22 tahun. Dengan ini, Neymar merupakan kapten Brazil termuda pernah dilantik untuk mengetuai pasukan Brazil.
Dengan 50 penampilan bersama pasukan Brazil, Dunga mengharapkan dengan kehadiran Neymar sebagai ketua pasukan akan memberikan nada dan nafas baru kepada pasukan Brazil dalam menghadapi pasukan-pasukan lawan.
Dunga telahpun membeitahu Tiago akan keputusan tersebut dan menegaskan walaupun tanpa gelaran kapten, Tiago masih lagi menunjukkan kepimpinan beliau bersama skuad semasa berada di padang.
-luis Garcia-
Dapatkan jersi bola murah di Stylo Shop