Sejarah Bola Sepak
Walaupun tiada yang mengetahui siapakah yang mula-mula memperkenalkan sukan bola sepak, tetapi para sejarahawan berpendapat sama ada ia bermula di China, Mesir ataupun Rome.Walaubagaimanapun, bola sepak moden bermula di England pada hujung abad ke 17. Ia dimainkan oelh keluarga-keluarga yang kaya antara sekolah. Pada tahun 1863, persatuan bola sepak ditubuhkan di England dan di penguhujng abad ke 19, sukan bola sepak mula tersebar diseluruh Eropah.
Pada tahun 1904, FIFA ditubuhkan. Ia menjadi pertubuhan terpenting dalam sukan ola sepak sehingga kini.
Padang Bola Sepak
Permainan bola sepak dimainkan di sebuah padang segiempat tepat dengan ukuran 90 ke 120 meter panjang dan 45 ke 90 meter lebar. Tiang gol (7.3 meter lebar dan 2.4 meter tinggi) pada setiap hujung padang. Kawasan penalti pula dalam jarak 40 meter lebar dan 16 meter dari tiang gol. Manakala berat sebiji bola dianggarkan lebih kurang 450 gram sahaja.Pemain
Satu pasukan bola sepak mempunya 10 orang pemain dan seorang penjaga gol. Hanya penjaga gol sahaja yang dibenarkan menggunakan tangan untuk memegang bola sepak untuk menghalang bola daripada menerjah jaring. Pemain pertahanan pula bermain dihadapan penjaga gol manakala pemain tengah dan penyerang pula akan bergerak di seluruh padang dengan motif untuk menjaringkan gol di kawasan pihak lawan. Namun, dalam bola sepak moden ini, pertahanan juga berupaya menjaringkan gol. Malah terdapat kes yang mana penjaga gol juga menjaringkan gol.Peraturan bola sepak
Permainan bola sepak dimainkan dalam jangkamasa 90 minit setiap. Setiap 45 minit, perlawanan akan berehat sebentar sekitar 15 minit dan disamung semula untk jangkamasa 45 minit. Seorang pengadil dandua penjaga garisan akan mengawal perlawanan tersebut. Setiap pasukan perlu menjaringkan gol untuk ditabalkan sebagai pemenang. Namun sekirangan tiada jaringan yang dilakukan, perlawanan akan diumum sebagai seri.Pemain boleh menggunakan kesemua tubuh badan untuk mengawal bola tanpa menggunakan tangan. boleh mengelecek, merembat mahupun menendang bola sekiranya perlu. Namun, keganasan ketika perlawanan adalah dilarang. Sekiranya ia berlaku, sepakan percuma akan diberi kepada mangsa. Malah sekiranya kekasaran berlaku dalam kotak penalti, sepakkan penanti akan diberikan. Kad kuning akan dikeluarkan kepada pemain yang melakukan kekasaran kepada pihak lawan dan kad merah akan dilayangkan sekiranya kekasaran tersebut adalah serius.
Pasukan boleh menukar pemain-pemain mereka sekiranya berlaku kecederaan. Walaubagaimanapun, hanya tiga pertukaran dibenarkan dalam satu-satu perlawanan. Jurulatih juga boleh menukar pemain bola-bila masa yang perlu bergantung kepada keadaan. Pemain yang ditukarkan tidak boleh bermain semula untuk perlawanan tersebut.
Kejohanan Piala Dunia
Kejohanan terbesar di dunia, kejohanan Piala Dunia. Berlangsung setiap empat tahun sekali, dengan lambakan pemain-pemain bintang dari seluruh dunia bersama pasukan negara masing-masing. Kejohanan pertama piala dunia berlangsung di Uruguay pada tahun 1930. Dan baru-baru ini, piala Dunia di Brazil. 32 pasukan akan berentap dalam kejohanan berprestij ini.Sedikit sebanyak yang aku boleh ringkaskan kepada umum apa itu bola sepak. kepada pembaca, sebenarnya banyak lagi yang boleh aku ulas mengenai peraturan-peraturan permainan, spesifikasi peralatan, alatan sukan untuk pemain-pemain, tapi nanti lah aku cerita pelan-pelan.
-luis Garcia-