Friday, August 29, 2014

Shinji Kagawa kembali ke Borussia Dortmund

Kagawa banyak menghabiskan masa di bangku simpanan
Permainan semasa menentang MK Dons yang menyebabkan kekalahan Manchester United 0-4 mungkin akan menjadi perlawanan terakhir Shinji Kagawa bersama Manchester United. Walaupun hanya bermain selama 20 minit, namun ia tidak langsung mengembirakan pengurusnya, Louis Van Gaal.


Shinji Kagawa, 25 tahun sebelum ini menyertai Manchester United pada 2012 dengan nilai £17 juta dibawah kendalian Alex Ferguson nyata tidak membawa sebarang impak yang singnifikan kepada pasukan Manchester United. Dalam masa yang sama, Borussia Dortmund dan Valencia telahpun menyatakan minat mereka untuk mendapatkan Kagawa. Namun, Dortmund lebih dilihat menjadi destinasi Kagawa kerana sebelum ini pun kawaga pernah bermain dibawah kendalian Jugen Klopp.



Hebahan melalui laman Twitter juga kian rancak dengan berita perpindahan ini. Nampaknya, Shinji Kagawa sememangnya tidak layak untuk terus bersama Mancheser United kerana ini United lebih terarah untuk memancing Auturo Vidal sebagai penggerak jentera tengah Manchester United.


Perpindahan Shinji Kagawa kembali ke Borussia Dortmund berkemungkinan hanya akan bernilai sekitar £8 juta ke £12 juta sahaja.

Good bisness Klopp..

-luis Garcia-


Dapatkan jersi bola murah di Stylo Shop

    Labels:

    0 Comments:

    Post a Comment

    Subscribe to Post Comments [Atom]

    << Home