Sukan Malaysia dah kacau bilau..
Macam-macam hal sekarang dunia sukan dekat Malaysia. Aku yang baca berita berkenaan pun dah penin. Hoki dengan presiden nya yang tak mahu mempertahankan jawatannya, yang mana bagus bagi aku. Badminton yang cerita asyik kalah ajer, nasib Lee Chong Wei menang. Sekarang, Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) yang semenjak ini dikritik kuat oleh Menteri, Brother KJ. Dan lagi satu, sepak takraw. Itu tak masuk lagi bab bola sepak. kalau nak cita, esok pun tak habis...
Haih...
Penin woi. Tadi aku baru tahu, sepak takraw dah tak dapat medal emas dah 20 tahun. WOOOI.. 20 TAHUN woiii... lama dah woooi...
korang baca sendiri la wei. Dalam semangat nak menyambut kemerdekaan dah dekat, macam nie pulak sukan Malaysia. Sedih WOOOOI...
Cerita Pasukan Basikal
KUALA LUMPUR - Sedar kedudukan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) ibarat telur di hujung tanduk, badan berbasikal negara itu mengatur ikhtiar pertamanya untuk mengelak daripada digantung dengan mengadakan pertemuan bersama Pesuruhjaya Sukan, semalam.
Presiden PKBM, Datuk Abu Samah Abd. Wahab berkata, tujuan beliau bertemu Ahmad Shapawi Ismail adalah untuk mendapatkan penjelasan bagi menjawab sembilan soalan surat tunjuk sebab yang dikeluarkan Pejabat Pesuruhjaya Sukan pada Khamis lalu.
Selepas mengadakan pertemuan selama satu jam setengah, beliau mengakui lebih jelas untuk menjawab surat berkenaan dalam masa terdekat, iaitu selepas mengadakan mesyuarat exco, Isnin depan.
"Pihak Pesuruhjaya Sukan telah memberi penerangan yang baik kepada kami untuk menjawab semua soalan dalam surat tunjuk sebab tersebut dan saya perlu maklumkan kepada semua ahli majlis PKBM semasa mesyuarat kami nanti bagi meminta pandangan mereka berhubung jawapan yang perlu kami berikan.
"Dalam masa sama juga saya berharap segala masalah yang melanda persatuan dapat segera diselesaikan kerana kami mahu semua program berjalan semula dengan baik," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di Pejabat Pesuruhjaya Sukan di Bukit Jalil, sini, semalam.
Pada Khamis lalu, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin telah mengarahkan Pesuruhjaya Sukan agar menggantung pendaftaran PKBM atas dakwaan persatuan itu gagal dalam pengurusan kewangan.
Bagaimanapun tindakan penggantungan itu hanya akan dilakukan sekiranya PKBM gagal memberikan alasan munasabah kepada surat tunjuk sebab yang dikeluarkan pihak Pesuruhjaya Sukan dalam tempoh 14 hari.
Sementara itu, Abu Samah turut percaya masalah yang membelenggu PKBM tidak akan mengganggu fokus pelumba mereka dalam persediaan menghadapi Sukan Asia di Incheon, Korea Selatan pada bulan depan.
Kata Abu Samah, semua kesulitan yang dialami oleh PKBM akan diselesaikan sendiri pihaknya tanpa mahu pelumba terlalu memikirkannya.
"Tugas pelumba adalah berlatih dan mereka perlu terus berlatih bagi menghadapi Sukan Asia ini tambahan pula mereka ada peluang untuk mendapatkan pingat pada temasya tersebut.
"Saya juga yakin semua pelumba berbasikal kami mempunyai kekuatan mental yang tinggi," kata Abu Samah.
Ini pulak perihal sukan sepak takraw.
Bila la orang nak lantik aku jadi pegerusi kelab sukan mana-mana aaa... Duit tue..KUALA TERENGGANU - "Abdul Halim Kadir tak sepatutnya masuk campur urusan PSM (Persatuan Sepaktakraw Malaysia), biarlah jaga Singapura dan Persatuan Sepaktakraw Singapura saja."
Itu reaksi Timbalan Presiden PSM, Mohd. Shapian Ali terhadap kenyataan Presiden Persekutuan Sepaktakraw Asia (Astaf), Abdul Halim yang mahu beliau melupakan hasrat merebut jawatan Presiden PSM.
Abdul Halim sebaliknya mahu Shapian membantu misi Malaysia mengakhiri kemarau pingat emas Sukan Asia selama 20 tahun.
Shapian mengingatkan Abdul Halim yang juga Setiausaha Agung Persekutuan Sepaktakraw Antarabangsa (Istaf) supaya jangan cuba mempengaruhi sesiapa sahaja dalam PSM kerana tindakan itu merupakan satu `penyakit yang tidak sihat'.
Beliau tetap dengan pendiriannya untuk bertanding jawatan Presiden PSM pada pemilihan penggal 2014/17 pada 13 September ini.
"Kalau saya tak teruskan (bertanding) orang akan marah.
"Saya terpaksa teruskan dan InsyaAllah, pencalonan yang saya terima banyak.
"Ini menunjukkan ahli gabungan sudah berani buat perubahan, ia satu perubahan yang cukup drastik," katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Liga Sepaktakraw Terengganu 2014 yang dirasmikan Timbalan Pengarah Majlis Sukan Negeri (MSN) Terengganu, Ibni Amin Busu di sini semalam.
Shapian menjawab gesaan Abdul Halim agar beliau memberi fokus kepada misi meraih pingat emas pada Sukan Asia di Incheon bulan depan daripada bertanding merebut jawatan Presiden PSM yang kini disandang oleh Datuk Ahmad Ismail pada pemilihan persatuan itu nanti.
Menurut Abdul Halim, Shapian masih ada masa untuk menimbangkan semula cabarannya biarpun mengakui, setiap persaingan jawatan merupakan amalan demokrasi dan menjadi hak terbuka buat sesiapa saja dalam sesebuah persatuan sukan.
Shapian sebaliknya minta supaya diberi peluang untuk menerajui PSM biarpun hanya sepenggal, dan sekiranya gagal dalam tempoh itu, beliau bersedia untuk berundur.
"Berilah peluang kepada saya dan saya hanya minta satu penggal saja untuk saya buktikan sama ada saya mampu atau tidak.
"InsyAllah sekiranya saya gagal saya akan turun dan undur ini janji saya. Saudara semua (media) boleh jadi saksi janji saya hari ini," ujarnya.
Beliau turut merujuk kenyataan Presiden PSM, Ahmad agar jawatan nombor satu itu diberi laluan kepada mereka yang berwibawa dan berilmu.
"Jadi, kita kena beri laluan kepada orang yang berilmu, ilmu bertambah setiap masa dan hari, dan kalau masih kekal di situ serta tiada perubahan, maka orang akan melintasi kita," ujarnya.
Shapian juga menarik perhatian bahawa `perubahan' dalam PSM sepatutnya sudah lama berlaku dan atas faktor itulah Malaysia sudah 20 tahun kempunan emas.
Hahahhahaha
-luis Garcia-
Dapatkan jersi bola murah di Stylo Shop
Labels: Lain
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home