Thursday, August 28, 2014

Xavi Alonso ke Bayern Munich, bersara daripada Sepanyol.


Terkini, Xavi Alonso dikatakan telahpun lamar untuk menyertai pasukan Pep Guardiola sebelum hujung bulan ini. Malah nilai perpindahan telahpun dibincangkan dan dijangka sebanyak £8juta (€10juta) bersamaan dua tahun kontrak.


Perpindahan Xavi Alonso tersebut mungkin dilihat agak berpadanan dan berpatutan setelah TOny Kroos berhijrah ke Real Madrid dan Javi Martinez juga sedang cedera ligamen lutut. Dan sekiranya perpindahan ini berlangsung, jadi Xavi akan berkurang sebanyak €1juta yang mana Xavi dapat di Madrid.


Xavi ALonso akan menjangkau umur 33 tahun pada November ini, melihatkan perjanjian ini akan memastikan karier bola sepak beliau akan terus bersinar jika dibandingkan di Madrid. Namun, Pengurus Real, Carlo Ancelotti masih menegaskan yang Xavi masih menjadi nadi penting untuk pasukan Real Madrid dan berhasrat untuk mengekalkan Xavi di Madrid.


Jikalau dilihat karier Xavi di Real Madrid, Xavi Alonso kini menghadapi persaingan untuk menerajui bahagian tengah Real Madrid dengan pemain-pemain lain seperti Kroos, Asier Allarramendi dan Sami Khedira. Malah dengan kedatangan James Rodrigues juga memperlihatkan lagi persaingan di bahagian tengah pasukan itu.

Yang pasti, Xavi Alonso kini telahpun bersara daripada arena bola antarabangsa daripada mewakili Sepanyol.

-luis Garcia-

Dapatkan jersi bola murah di Stylo Shop

    Labels:

    0 Comments:

    Post a Comment

    Subscribe to Post Comments [Atom]

    << Home