Badminton menggunakan sistem mata baru (5x11)
Sah... badminton akan gunakan sistem kiraan mata yang baru. 5 perlawanan dengan 11 mata setiap perlawanan. Tiada lagi kiraan mata sehingga 21.
Walaubagaimanapun, ia masih lagi dalam tempoh percubaan dan akan digunakan mulai Ogos ini.
Aku berpendapat, bagus jugak kalau kiraan mata ini berlangsung dalam tempoh percubaan. Boleh jugak nak tengok macam mana implikasi kepada peminat dan kepada pemain-pemain. Apa yang aku risau, tempoh perlawanan akan menjadi pendek sangat dan tak puas untuk kita menikmati kerancakkan perlawanan.
Menurut myMetro pemain negara Lee Chong Wei dilihat tidak kisah dengan kiraan mata baru ini. Malah beliau melihat bentuk kiraan mata ini daripada sudut positif. Tahniah Chong Wei. Nampak akan kematangan beliau dalam menerima perkara-perkara baru. Namun sebaliknya berlaku apabila persoalan yang sama diajukan kepada musuh tradisi Lee Chong Wei, Lin Dan.
Menurut Lin Dan, kiraan mata ini seolah-olah satu langkah mundur kerana kalau diturutkan kaedah lama, kiraan mata dilakukan mulai kiraan 9 mata, kemudian 15 mata, 21 mata dan kini kembali kepada 11 mata.
Dan aku rasa apa yang di ungkapkan oleh Lin Dan ada logiknya. BWF juga mungkin sedar akan pro dan contra apabila pengiraan mata sebegini digunapakai, lalu tempoh percubaan dilakukan.
Jadi, kita tunggulah Ogos ini bagaimana ia dilakukan. Dan yang pasti, RTM dah habis buget sebab dah gunakan untuk World Cup 2014 sebanyak 20juta. So, harapan untuk tengok badminton di RTM nampak tipis.
Hahhahahaha....
-luis Garcia-
Labels: Lain
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home