Wednesday, June 25, 2014

Menteri cakap tiada siaran Piala Dunia masa hadapan..

Ini bukan aku cakap, tapi Menteri, Ahmad Shabery Cheek yang cakap. Benda yang sama bila Piala Thomas tidak dapat disiaran langsungkan disebabkan RTM tiada buget.
Menteri Komunikasi Dan Multimedia, Ahmad Shabery Cheek
Aku hairan apabila seorang yang bertaraf menteri bertindak mengeluarkan kenyataan-kenyataan macam nie. Seolah-olah dah tak ada inisiatif langsung untuk memartabatkan sukan negara. Dulu, beliau minta maaf sebab RTM tidak dapat siarkan siaran langsung Piala Thomas yang mana Malaysia masuk akhir. Aku maafkan kau Ahmad Shabery Cheek, tapi aku sedih kerana kau seolah-olah tak ada langsung inisiatif untuk buat agar siaran tersebut dapat dilangsungkan. Last-last, KJ jugak bersuara. Dan bagi aku, KJ tak ada kapasiti langsung untuk approch Astro dalam kes siaran langsung Piala Thomas. (boleh rujuk disini)

Terkini, Sabri bercakap mengenai Piala Dunia pula. Menurut Utusan, rakyat perlu bersedia menerima hakikat bahawa mereka mungkin tidak akan berpeluang menonton kejohanan bola sepak Piala Dunia secara percuma pada masa hadapan. Ini disebabkan kos mendapatkan hak siaran eksklusif kejohanan tersebut meningkat setiap kali penganjurannya, malah Radio Televisyen Malaysia (RTM) telah membelanjakan RM20 juta untuk mendapatkan hak penyiaran Piala Dunia 2014.

"Saya menjangkakan kos mendapatkan hak penyiaran pasti akan terus meningkat, mungkin kepada RM40 juta hingga RM50 juta pada masa akan datang," 

Erk...

Ahmad Shabery Cheek ooi.. kau sedar tak atas kapasiti apa yang kau bercakap ini. Kau tue MENTERI. Boleh tak kalau jangan buat kenyataan-kenyataan sebegini. Boleh??? Lepas tue kau buat perbandingan dengan penduduk Singapore dan Britain. Pandai pulak kalu buat perbandingan macam tue. Kenapa ko tak buat perbandingan daripada segi taraf ekonomi, taraf hidup masyarakat setempat, taraf intelektual penduduk. Pasai benda nie pandai kau buat perbandingan.

Haih...

Letih la kalau macam nie seorang menteri membuat kenyataan sebegitu dan membuat perbandingan semacam ini, jenuh la. Kan dia ada pegawai-pegawai kat kementerian, gunakan lah. Kau ada jaringan politik Malaysia, gunakan lah. Dan kau ada kapasiti sebagai menteri untuk approch penaja-penaja, gunakan lah. Aku nie blogger cap ayam jer. Takan itu pun aku nak cakap.

Haih..

Untuk yang membaca nukilan aku nie, harap korang berlapang dada, membuka mata dan sentiasa harapkan yang terbaik. Kalau tulisan aku nie lain macam sikit, aku mintak maaf ya. Aku cuma tak puas hati dengan kenyataan menteri nie sahaja. Dan ini sahaja yang mampu aku luahkan.

Aku nak tanya korang semua, agak-agak lepas Piala Dunia nie, pastu ada perlawanan hoki Malaysia masuk Final, atau badminton, Lee Chong Wei, atau Mohd Ariff masuk final, atau sukan-sukan lain masuk pusingan akhir dan punya harapan untuk melakarkan kejuaraan, agak-agak RTM akan buat LIVE tak??

Aku rasa....
TARAK....
BUGET HABIS.  
20JUTA DAH HABIS PAKAI UNTUK WORLD CUP 2014

haha
hahaha
hahahaha
hahahahaha

-luis Garcia-

Labels:

1 Comments:

At June 25, 2014 at 12:28 PM , Anonymous Anonymous said...

Eloklh...aku nk tengok rakyat pakai cawat..duk dlm hutan..realitinya negara maju yg
maju cuma pemimpin..balun harta negara semau2nya...

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home