Maradona tunjuk isyarat lucah
Maradona melancarkan serangan saikologi kepada presiden bola sepak Argentina, Julio Grondona yang mengatakan Maradona pembawa malang semasa perlawanan pasukan Argentina.
Maradon dan Grondona mula berperang apabila Maradona yang semasa itu membimbing pasukan Argentina gagal pada kempen Piala Dunia 2010.
Semasa di temubual di stesen televisyen TyC Sports, Maradona mengatakan bahawa dia tidak di benarkan menonton perlawanan antara Argentina menentang Bosnia. Sebelum itu Grondona mengatakan bahawa Maradona menjadi punca Argentina tidak memperoleh gol semasa menentang Iran kerana menonton perlawanan itu sehinggalah Maradona keluar stadium dan akhirnya Messi menjaringkan gol.
Maradona menegaskan bahawa gol itu adalah datang dari Messi sendiri setelah Argentina bergelut untuk mendapatkan gol dan bukan dirinya menjadi penyebab.
Ketika di temubual juga, Maradona menunjukkan isyarat lucah dengan menunjukkan jari tengah kepada Grondona.
Labels: World Cup 2014
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home