Tuesday, April 15, 2014

Brendan Rodgers: A brief biodata II


Brendan Rodgers memulakan karier pengurusan dengan menyertai Chelsea dari 2004 sehingga 2008. Beliau memulakan revolusi Chelsea semasa kegemilangan Chelsea di bawah kendalian Jose Maurinho.


Brendan Rodgers cukup terkenal di kalangan peminat setia Chelsea di mana beliau banyak membantu kerjayaan Chelsea satu masa dahulu. Beliau pernah mengemukakan cadangan kepada Roman Abrahmovic untuk membeli Fernando Torres dari Atletico Madrid sebelum di sambar Liverpool ,tetapi jutawan russia itu lebih berminat untuk mendapatkan Andriy Shevchenko .


Semasa beliau di Chelsea, beliau menjadi ketua jurulatih Akedemi bola sepak Chelsea dan Reserve Team dan telah menaikkan nama John Terry.

Watford


Pada musim 2008 - 2009, Rodgers menjadi ketua jurulatih bagi pasukan Watford dan berjaya menyelamatkan Watford dari tersingkir ke Divisyen 2 dengan menduduki tangga ke 13.

Reading


Pada musim 2009 - 2010, Rodgers menyertai kelab lamanya, Reading. Beliau berjaya mengekalkan Reading di senarai Top Ten liga Championship dengan menduduki tempat ke 9, turun 5 anak tangga dari musim sebelumnya.

Swansea


Bermula musim 2010 - 2012, karier Rodgers melonjak naik bersama Swansea. Sebelum menyertai Swansea, beliau di tawarkan menjadi penolong jurulatih Manchester City bersama Roberto Mancini, namun menolaknya.


Bersama Swansea beliau melonjakkan Swansea ke EPL. Selepas melonjak ke EPL, pembelian Michu telah membantu mengukuhkan Rodgers untuk bersaing di EPL dengan berjaya mencuri mata melawan pasukan ternama antaranya, Liverpool, Newcastle United, Tottenham Hotspur dan Chelsea selain kemenangan 3 - 2 ke atas Arsenal.

Liverpool


Menyertai Liverpool pada musim 2012, belum menampakkan taring Rodgers. Hanya menduduki tangga ke 7 pada musim pertamanya.



Namun, pada musim ini, ini tamparannya.



Jadi, peminat Man United tak perlu gusar. Kenapa? Kerana adanya persamaan tahun pertama Rodgers dan Moyes. Lihat jadual di atas, kerana Liverpool musim sebelumnya berada di tangga ke-7, sama dengan Man Utd sekarang. Mungkin musim depan Man United kembali ke takhta liga. Miracles happen bak kata mat salehnya.


Recent Comments Widget