Friday, April 25, 2014

Jangan harap Roy Keane ke Man Utd - Sir Alex Ferguson

Perkhabaran berita yang mengatakan Louis van Gaal akan menerajui Manchester United masih samar-samar. Tapi dalam pada masa yang sama, terdengar pula yang mengatakan Roy Keane dilihat akan menjadi pembantu van Gaal jika beliau dilantik sebagai pengurus di MU.

Nampak gayanya berita ini betul-betul membuatkan Sir Alex Ferguson panas hati. Memang semenjak Roy Keane bersara dari MU, banyak kritikan pedas yang dihamburkan kepada Alex Ferguson mengenai taktik dan juga pengurusannya. Sungguhpun Sir ALex kini bersara, namun Roy Keane masih lagi menyerangnya.

Kini, apabila berita yang mengatakan yang Louis van Gaal ingin melantik Roy Keane sebagai penolong jurulatih, Sir Alex secara drastiknya mengatakan TIDAK.

Komen aku, semua nie drama semata-mata. Aku sebenarnya tak nampak pun yang Louis van Gall akan dilantik sebagai pengurus MU. kalau dilihat daripada motif perlantikkan Moyes dahulu, dengan kontrak selama 6 tahun, maknanya pengurusan tertinggi mahukan rancangan jangka panjang untuk kelab MU. Pemilihan van Gaal tidak dilihat kearah matlamat yang sebegitu rupa.

Kalau kita tengok daripada segi trend pengurusan sekarang pun, idea dan taktikal moden diperlukan. Dan kalau van Gaal dilantik, Mu dilihat bergerak ke belakang dan bukan ke depan. van Gaal memang pengurus yang baik dan mempunyai pengalaman yang hebat, tetapi dalam pengurusan bola sepak moden ini, van Gaal tidak sesuai.

Kalau korang tanya aku, siapa yang sesuai, dan siapa yang mahu dilihat mengurus MU, aku suka mengatakan pilihan aku ialah Jurgen Klopp. Betul yang dia dah nafikan yang dia akan ke MU, tapi ingatkah korang masa LFC nak appoint pengurus dan nama yang menjadi sebutan pada mulanya ialah ROdger, dan Rodger kemudian menafikannya? Akhirnya Rodger juga jadi Pengurus LFC.

Aku rasa plot drama yang sama akan berulang di MU nie. Tak percaya korang tunggu lah..

Hehehhehe

-luis Garcia-
Recent Comments Widget