Thursday, April 24, 2014

Apa kata mereka tentang insiden pemecatan Moyes..



Insiden pemecatan David Moyes tersebar luas. Pelbagai komen timbul dan tenggelam. Bahkan penyokong-penyokong Manchester United rata-ratanya sudah memetik siapakah yang harus dilantik sebagai pengurus Manchester United. Antara nama-nama yang disebut adalah Jurgen Klopp, Pep Guardiola dan Carlo Ancelotti.

Disebabkan hal itu, pengurus-pengurus hebat ini turut menyatakan pendapat mereka tentang hal ini:


jurgen klopp

Jurgen Klopp
''Manchester United adalah sebuah kelab yang hebat dan saya sangat serasi dan selesa dengan suasana penyokong kelab yang hebat, tetapi komitmen saya hanyalah untuk Borussia Dortmund dan hubungan saya dengan mereka adalah kuat dan tidak akan retak''


Pep Guardiola
'' Saya di Bayern Munich dan menandatangani kontrak untuk 3 tahun. Saya merasakan kami masih lagi dapat meningkatkan lagi permainan."

"Saya berubah daripada gaya hidup Catalan untuk Jerman dan ia tidak mudah. Saya masih memerlukan masa"

"Saya masih ada tanggungjawab yang perlu saya lakukan. Saya selesa di sini dan orang ramai memandang tinggi dan respek terhadap kerja saya. Saya mahu kekal di sini (Bayern).


Carlo Ancelotti
"Saya terkejut pada permulaannya. Manchester United secara normalnya tidak akan melakukan perkara sebegini (memecat Moyes).

Tetapi, bekas pemain Manchester United berfikir sebaliknya. Mereka merasakan player yang menyebabkan United menjadi sebegini. Apa kata mereka?


Roy Keane
"Pemain-pemain pasukan Manchester United sepatutnya berasa malu atas kejadian ini"


Gary Neville
"Pemain-pemain Manchester United menyebabkan Moyes dipecat"

Walaubagaimanapun, benda dah jadi, nak buat macam mana. Musim depan Manchester United pasti akan buat comeback. Cuba tengok Liverpool, punya la lama terkeluar dari Top 4 EPL, sekarang dah meletup. Hehe~

-bergkamp-


Recent Comments Widget