Thursday, April 24, 2014

Adnan Januzaj memilih Belgium dan bukan England...

Akhirnya terjawablah persoalan pasukan mana yang menjadi pilihan Adnan Januzaj. Dan Belgium menjadi pilihan Januzaj. Ini telahpun disahkan pleh jurulatih Belgium Mark Wilmots semalam dilaman Twitter beliau.



Walaupun apa yang dikatakan oleh Wilmots nie dalam bahasa Belgium, tapi aku sangat memahaminya disebabkan ada Google Translate. Mudah kan. Hehehehe. Berikut adalah kata-kata yang ditulis oleh Walmots.

'Saya telahpun mendapat pengesahan yang mengatakan Adnan Januzaj akan bermain dengan pasukan kebangsaan Belgium untuk keseluruhan kariernya.'

 Dengan itu, berakhirlah penantian Roy Hodgson untuk mengrekrut Januzaj untuk bermain dengan England. Walaupun Januzaj dikatakan boleh bermain untuk beberapa negara iaitu Serbia, Turkey, Albania, Kosovo mahupun ENgland, namun Belgium tetap menjadi pilihan Januzaj.

Bagi aku, pilihan Januzaj itu sebenarnya jelas sebab dia dilahirkan disana, dibesarkan disana dan karier bola sepak Januzaj juga bermula disana, seperti mana Lukaku, Feliani dan Hazard. Sekiranya Januzaj bermain dengan Belgium untuk Piala Dunia 2014 di Brazil nanti, apa yang boleh katakan, Belgium boleh dikatakan pasukan yang patut diberi perhatian. Apa tidaknya, ada Kompany, Milaras, Hazard, Feliani, Dembele, Lukaku, Benteke, ish... macam ramai pulak star kat Belgium nie...

Korang tengok sendirilah team Belgium macam mana. Power kan... Hehehehhe
 
Bila cakap Adnan Januzaj nie, teringat pulak kes yang dia diving tue...


hahahahaha.

-luis Garcia-
Recent Comments Widget