Tuesday, April 22, 2014

Hari Moyes sedunia


Rata-rata peminat bolasepak semestinya tahu mengenai berita pemecatan David Moyes daripada kelab Manchester United. Walaupun admin rasa pemecatan ini macam tak patut tapi itu adalah keputusan higher management. Simpati admin pada Moyes.

Oleh kerana itu, Stylosport dengan rasa rendah diri ingin berkongsi dengan pembaca-pembaca sekalian secara ringkas mengenai kareer David Moyes sepanjang beliau menjadi pengurus kelab bola sepak:-

David Moyes mula menjadi pengurus untuk kelab Preston pada 1998 yang mana ketika itu Preston berada dalam Divisyen 2 dan bakal tersingkir dari liga. Dengan magic beliau, David Moyes hanya mengambil masa 1 tahun sahaja untuk membuat Preston naik ke Divisyen 1. Pada tahun 2001, Preston telah memasuki final play-off bertemu Bolton Wanderers. Malangnya, Bolton menang 3-0 dan Preston tersingkir daripada naik ke Liga Perdana. Moyes menguruskan Preston 243 kali, menang 113, kalah 63 dan seri 67.


Pada Mac 2002, David Moyes mengambil tampuk pengurusan Everton dengan menggantikan Walter Smith yang juga seorang pengurus berbangsa Scottish. Game pertama Moyes adalah bertemu Fulham dan Everton menang 2-1. David Moyes dianugerahkan LMA Manager of The Year buat pertama kali, dan Manager of the Month pada November 2002, yang mana the Toffess mendapat tempat dalam Champion League.


Namun, langit tak selalu indah. Everton kerap kali bersaing untuk keluar dari zon penyingkiran. Rekod terburuk Moyes adalah pada musim 2003-2004 yang mana Everton berada dalam kedududkan ke-17 dengan 39 mata, paling buruk dalam sejarah kelab.





Setelah 11 tahun di Everton, David Moyes meletakkan dirinya di atas tempat yang lebih besar, iaitu menjadi pengurus untuk Manchester United pada 1 July 2013 selepas Sir Alex Ferguson bersara. Dikenali dengan pengurus paling hebat dalam negara, Moyes membawa Everton ke suatu tahap yang meyakinkan walaupun tanpa dana yang besar. Malangnya, atas sikap peminat dan pengurusan tertinggi yang terlalu mahukan kejuaraan, David Moyes dipecat pada 22 April 2014.

Moyes Wayne gif

Itu hanyalah ringkasan untuk pembaca stylosport sekalian. Moyes bukannnya tak bagus, tapi beliau hanya perlukan sedikit masa. Kepada mereka yang gila piala, sudah puas hati? Admin menjangkakan selepas ini giliran Arsene Wenger pulak. Hahaha~

Berikut adalah rekod Moyes sepanjang kareer sebagai pengurus untuk tatapan...


-bergkamp-
Recent Comments Widget