Tuesday, April 22, 2014

Baihakki pulang ke Lions XII


"Selamat tinggal kawan-kawan Johor ku, mahupun di dalam padang atau di luar padang sana. Saya ingin ucapkan ribuan banyak terima kasih atas peluang menyarung jersi JDT dan sampai di sini saje sumbangan dari saya. Saya tak ingat perkara sebegini boleh berlaku tetapi itulah keputusan ahli-ahli pelatih. Berjuanglah wahai teman-teman hingga ke garis penamat. Saya akan di rehatkan buat satu masa tertentu dan akan beraksi untuk JDT II musim hadapanSemoga perubahan ini akan membawa JDT ke tahap yang lebih tinggi."


Setelah mengesahkan untuk bermain bersama JDT II dan di rehatkan dari JDT setelah tidak di turunkan selama 4 perlawanan, Baihakki kini di laporkan telah kembali bersama Lions XII dan akan menumpukan untuk bermain bersama skuad kebangsaan negaranya.

"Saya telah bercakap dengan (Presiden FA Johor) Tengku Mahkota Johor dan dia memberitahu saya pengurusan pasukan merasakan mereka memerlukan pertahanan yang lebih besar di bahagian tengah yang dapat menampung ketinggian dan bentuk badan beberapa penyerang asing lawan dalam liga." Baihakki memberitahu TODAY

Difahamkan bahawa pemain dari Brazil, Marcos Elias Santos yang bermain untuk FC Nuremberg di Bundesliga Jerman akan menggantikan bekas pemain Lions XII ini.
Recent Comments Widget