Wednesday, April 23, 2014

Chelsea bertahan...dengan meletakkan bas di depan gol.

Chelsea dilihat dapat mengekang asakan Atletico di laman lawan. Tapi dengan taktik pertahanan yang total. Dengan perlawanan berakhir tanpa jaringan, Mourinho dilihat akan melakukan percaturan yang agresif untuk menghadapi Atletico pada hari Rabu minggu hadapan. Itu pun bergantung sekiranya beliau betul-betul inginkan piala Liga Juara-Juara dan mengenepikan piala Liga EPL.

Apa yang aku nak cakapkan disini, Mourinho mungkin pada mulanya memikirkan untuk mendapatkan 2 piala iaitu piala liga dan piala liga juara-jura. namun, dengan apa yang telah berlaku semalam (Terry dan Cech pula tercedera), Mourinho mungkin akan menumpukan untuk merebut satu piala sahaja.
Taktik Jose Mourinho semalam. Pertahanan total...
Berapa pemain pertahanan daaa....
Apabila aku baca berita hari ini, Mourinho mengatakan yang dia mungkin akan menurunkan barisan pemain simpanan untuk menentang Liverpool nanti. Cepat betul buat statement mourinho. Aku suspect, yang dia nie sengaja mengeluarkan statement tersebut dengan tujuan,mind games. Biasa la kan. Jose Mourinho, sapa tak kenal. 

haa..Gaduh-gaduh..
Tapi apa yang pasti, Mourinho pasti sedang merancang sesuatu untuk mendapatkan sekurang-kurangnya salah satu piala. Piala yang mana satu, aku pun masih tak dapat nak teka. Bukan boleh percaya sangat kat Mourinho nie. Dia punya mind games memang tahap dewa.
Cech cedera tercabut tulang bahu.
 

Iya lah kan, Terry cedera, Cech cedera, tapi penggantinya pun orang calang-calang. Yang boleh ganti Cech, Mark Schwarzer. Mamat nie power kot. Memang dah tua, tapi still power. Semalam pun dah perform. Siap save bola yang compom gol, dan Scwarzer berjaya menyelamatkan keadaan.


Apapun, nantikah barisan pemain Jose Mourinho hari Ahad nie. Yang pasti, barisan pemain untuk hari Ahad nie yang dapat menentukan dan dapat menceritakan hala tuju Jose Mourinho dalam persaingan beliau untuk mendapatkan piala sama ada piala EPL mahupun piala Liga Juara-Juara.

-luis Garcia-
Recent Comments Widget