Wednesday, April 23, 2014

Lucas Leiva tidak seperti dulu



Hari ni admin nak ulas sikit tentang pemain Liverpool yang admin rasa perlu untuk diberikan perhatian. Bukan apa, admin rasa terpanggil untuk menulis dan rasanya fans Liverpool terutamanya patut membaca post ini.

Di zaman Rafa Benitez, kita sering melihat Lucas diletakkan sebagai defensive midfielder. Rafa Benitez meletakkan Lucas kerana ketika itu barisan attacking Liverpool boleh dikatakan antara yang terbaik di EPL seperti pairing Torres dan Gerrard. Atas tunjuk ajar Benitez, Lucas berjaya menjalankan tugas dengan sempurna melindungi back 4 defender ketika itu seperti Carragher.

Walaubagaimanapun, defensive midfielder bukan lah tugas sebenar Lucas. Sebelum Lucas berhijrah ke Liverpool, Lucas bermain di Gremio dan berfungsi lebih kepada box to box midfielder. Di Gremio, Lucas berjaya menggilapkan dirinya dan ketika itu Gremio muncul juara Rio Grande do Sul state championship (the Campeonato Gaucho) untuk pertama kali sejak tahun 2001 dan mendapat tempat ke-3 dalam Campeonato Brasieiro Serie A.


Bukan itu saja, Lucas adalah pemain paling muda menerima Placarmagazine's Bola de Ouro (Golden Ball), anugerah yang pernah dimenangi pemain-pemain Brazil yang hebat seperti Zico, Falcao,Careca, Alex, Romario, Robinho, Kaka, dan Tevez.

Apabila hadir ke Liverpool dengan yuran perpindahan sebanyak 6 juta, Rafa Benitez menerapkan peranan defensive midfielder kepada Lucas sehingga hilang sentuhan sebagai pemain serangan, jauh dari peranannya sebagai attacking midfielder di Gremio.



Dalam game antara Liverpool dan Norwich yang lepas, anda patut perasan yang Brendan Rodgers meletakkan Lucas dan Allen untuk bergerak kehadapan dan Lucas, yang tak pernah keluar dari peranan defensive midfielder memang failed bila menyerang. Bagi admin, Rafa Benitez memang hebat dalam membuang kreativiti Lucas dalam menyerang, suatu yang kurang baik di situ.


Lepas ni Lucas kena cari balik la attacking touch yang telah hilang tu. Rugi kalau tak asah. Tapi asas pemainan defensive midfielder ni memang dah lama sangat melekat dalam gaya permainan Lucas, macam susah ja nak buang. Hm...

-bergkamp-
Recent Comments Widget