Setelah Philippe Troussier menolak dan Marcel Desailly tidak terlalu berminat untuk memimpin skuad Malaysia, satu lagi nama baru telah muncul sebagai satu lagi calon yang sedang Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memikirkan kesesuaiannya untuk menggalas tugas ketua jurulatih pasukan Malaysia. David O'Leary adalah salah satu nama yang disenaraikan dalam senarai ketua jurulatih Malaysia.
Datuk Subahan Kamal yang mengetuai jawatankuasa pemilihan jurulatih kebangsaan mempunyai sehingga Jun untuk mengemukakan nama yang dicadangkan kepada Tengku Abdullah untuk pengesahan. Walau bagaimanapun, Datuk Subahan menegaskan bahawa FAM tidak akan tergesa-gesa membuat keputusan itu dan memilih untuk membuat penilaian menyeluruh bagi mencari jurulatih yang mempunyai pengalaman yang mencukupi dan boleh menyumbang kepada peningkatan bola sepak negara dan pembangunan.
O'Leary bermain bersama Arsenal sebanyak 778 kali, 53 kali lebih daripada kapten yang paling berjaya di Arsenal iaitu Tony Adams.
O'Leary membimbing pasukan pertamanya Leeds United pada musim 1998 - 2002 dengan membawa Leeds ke Champion League dan menduduki tempat ketiga di dalam liga. Selepas itu beliau berhijrah ke Aston Villa pada musim 2003 - 2006 dan kemudiannya beralih kepada kelab Al-Ahly musim 2010 - 2011 namun tiada pencapaian terbaik malah dipecat Al-Ahly selepas 15 perlawanan dengan hanya menang 6 perlawanan.
Adakah beliau calon terbaik bagi skuad Harimau Malaya?