FAM telah mengenakan denda ke atas empat persatuan negeri yang didapati bersalah kerana gagal mematuhi aspek keselamatan yang telah ditetapkan.
Empat persatuan tersebut adalah Persatuan Bola Sepak Pahang (PBNP), Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) dan Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA).
PBNP yang menghadapi enam pertuduhan ketika aksi menentang Lions XII dan Johor Darul Takzim (Johor DT) pada 17 Januari dan 7 Februari lalu, dikenakan denda sebanyak RM30,000.
PBSNT pula menghadapi dua pertuduhan ketika perlawanan T-Team bertemu Johor DT dan mereka dikenakan denda sebanyak RM10,000 manakala FAS yang menghadapi tiga pertuduhan, dikenakan denda sebanyak RM15,000 gara-gara salahlaku penyokong pada aksi menentang T-Team 18 Januari lalu.
PAFA didenda RM20,000 selepas dikenakan empat pertuduhan atas kegagalan menyediakan kawalan keselamatan ketika menentang Terengganu pada 25 Januari lalu.
Tambah Taufek, pihaknya menangguhkan seketika mesyuarat melibatkan Sarawak pada aksi menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kerana siasatan masih belum selesai.