Baru-baru ini, Barcelona dikejutkan oleh kelab kerdil, Real Valladolid. Dengan kekalahan tersebut, Barca kini menghuni tempat kedua dalam liga dan berkemungkinan akan dipintas Atlentico Madrid. Dengan perbezaan mata sebnyak 4 mata dengan Real Madrid, Barcelona dilihat dlam keadaan bermasalah untuk menentang Manchester City malam ini.
Berita terkini dari kem Barcalona
- Yang pertama, berita buruk: isteri Andres Iniesta baru sahaja mengalami keguguran, menyebabkan pemain tersebut berkemungkinan akan terlepas perlawanan ini. Malah, masih tidak jelas sama ada Iniesta bersedia daripada segi fizikal atau mental.
- Kedua, kecederaan Gerard Pique, yang terpaksa digantikan ketika perlawanan Valladolid.
- Jose Manuel Pinto telah pulih daripada masalah belakang dan akan penjaga pengganti.
- Jonathan Dos Santos dan Ishak Cuenca kekal cedera.
Berita terkini dari kem Manchester City
- Sergio Aguero akan kembali membarisi serangan City malam nanti.
- Martin Demichelis masih digantung perlawanan
- Hanya Stevan Jovetic dan Matija Nastasic sahaja yang tercedera buat masa sekarang.
Prestasi semasa
- Barcelona: DWWLWL
- Manchester City: DWLWWL
Perlawanan Terakhir
FC Barcelona 2-0 Manchester City – 2nd Februrary 2014 – Champions League
Kemungkinan kesekelasan utama
Barcelona (4-3-3): Valdés; Alba, Mascherano, Pique, Alves; Busquets, Xavi, Fàbregas; Iniesta, Messi, Alexis
Manchester City (4-2-3-1): Hart; Kolarov, Lescott, Kompany, Zabaleta; Fernandinho, Toure; Nasri, Silva, Navas; Aguero
Ramalan perlawanan
Manchester City berkemungkinan akan membuat serangan habis-habisan untuk merapatkan defisit jaringan dua gol. Barcelona pula berkemungkinan akan mengekalkan rentak perlawanan selain akan melakukan serangan hendap terhadap Manchester City.
Kemungkinan jaringan, 1-2. Barcelona mara dengan kelebihan gol.
sumber: http://www.barcablaugranes.com
-luis Garcia-