Jaringan kemenangan Gerrard waktu kecederaan. Fulham 2-3 Liverpool
Kapten Steven Gerrard memastikan Liverpool menang 2-3 pada masa kecederaan menerusi sepakan penalti
Nasib menang, ribuan terima kasih aku ucapkan kepada Sasca Riether kerana berjaya menghadiahkan gol, eh silap. Menghadiahkan penalti kepada Liverpool setelah menjatuhkan Sturridge pada hujung perlawanan. Dengan tenang dan selambernyer Gerrard menyumbat gol kemenangan untuk Liverpool sehingga berlaki membuka baju dan pengadil dengan adilnya memberikan kad kuning kepada Gerrard.
Hahahahha..
Gerrard dah tak kisah walaupun dapat kad kuning. Kan sekarang nie dah jadi defensive midfield, kad kuning nie memang dah menjadi rutin perlawanan.
Untuk pengetahuan, perlawanan Fulham Liverpool ini, 4 gol dijaringkan oleh Liverpool sebenarnya. Ini semua sebab member aku yang bernama Toure dahagakan gol. Mungkin dia jeles dekat Skatel sebab score dua bijik minggu lepas, so dia cuba memperbaiki diri dengan menyumbat gol, ke arah lain.
Rodger sebenarnya tak ada choice center defender sebab Agger tak berapa fit, Sakho pulak injured lagi. So kena pakai aja lah kuda tua nie. Tapi game semalam, Skatel pun hampas jugak. Sebab dia jugak lah budak hingus Man U, Richardson menyumbat gol kedua Fulham.
Kredit kena bagi kat Sturridge dan Countinho kerana menjaringkan gol penyamaan setelah Livepool ketinggalan 2 kali hasil ketidakpandaian Toure dan Skatel. Tapi yang hebat, kapten Gerrard. Hantaran-hantaran yang hebat membolehkan Liverpool menang dengan Fulham.
YNWA
-Luis Garcia-
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home