Wednesday, February 12, 2014

Manuel Pellegrini menemplak Jose Mourinho..

Sudah menjadi kebiasaan, Mourinho menimbulkan persepsi negatif dengan mempertikaikan kelebihan Manchester City berkaitan dengan modus operandi pembelian pemain. Mourinho juga mempertikaikan pemain tengah Ivory Coast City Yaya Toure yang terlepas daripada sebarang hukuman daripada FA. Rujuk sini.

Namun Manuel Pellegrini kelihatan mempertahankan diri dan juga pasukannya dengan menemplak kenyataan Mourinho. Pengurus Manchester City Manuel Pellegrini (gambar) berkata kekuatan minda memainkan peranan dalam memenangi Liga Perdana dan bukannya permainan minda. Itu respon Pellegrini kepada pengurus Chelsea, Jose Mourinho atas kenyataan yang lalu.

"Saya hanya akan bercakap sekali sahaja untuk kenyataan Mourinho kerana jika dia tidak bersikap sebegitu, maka majoriti boleh bersetuju dengan kenyataannya," katanya kepada pemberita."Dia mula bercakap tentang pengadil dan Financial Fair Play, saya tidak fikir Mourinho menggunakan cara yang betul untuk bercakap mengenainya. Dan saya juga tidak akan terus bercakap tentang perkara-perkara yang bagi saya tidak penting".


"Ini semua bukan permainan minda kerana saya tidak fikir pengurus boleh dipengaruhi dengan perkara-perkara sebegini, dan saya tidak akan menjawab apa-apa yang lagi perkara yang dibangkitkan oleh Mourinho". 

Manchester City, yang kini dua mata di belakang Chelsea dan satu mata di belakang Arsenal, kini sedang mencari semula sentuhan jaringan mereka selepas seri tanpa gol pada dua perlawanan terakhir mereka.

"Baru-baru ini kami mengalamai 
 masalah kecederaan. Walaupun kami juga mempunyai Alvaro Negredo dan Edin Dzeko tetapi mereka tidak cergas sepenuhnya," katanya.

"Saya tidak bimbang bahawa kami tidak menjaringkan gol dalam dua perlawanan lalu. Saya yakin kami akan mula menjaringkan gol pada perlawanan akan datang. Walaupun ia sangat sukar tetapi dengan pasukan yang mempunyai mentaliti yang kuat, kami yakin akan memenangi kejuaraan liga. Saya akan mengekalkan momentum perlumbaan untuk memenangi Liga Perdana Inggeris sehingga ke perlawanan terakhir dan bagi saya, sesiapa pun tidak tahu apa yang akan berlaku nanti".


Samir Nasri dan Javi Garcia telah kembali berlatih, namun pemain pertahanan Matija Nastasic masih mengalami masalah lutut. Manakala tireless midfielder Fernandinho dan Sergio Aguero akan terlepas latihan untuk satu minggu. 
 - Reuters , 12 Februari , 2014.

Sumber : Reuters, http://www.themalaysianinsider.com

-Luis Garcia-

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home