Wednesday, February 12, 2014

Kim Swee mahu tukar kapten..

Hohohoo...

Kalau begitulah tindakan Kim Swee, aku sokong 200%. Kena pastikan, kapten harimau melaya mestilah sentiasa dalam keadaan moral yang tinggi. Nie, asyik-asyik orang tue aja...

myMetro ada buat review berkenaan perkara ini.
Pengendali sementara skuad kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee membayangkan untuk menamakan kapten baru Harimau Malaya.

Kim Swee yang diberikan lampu hijau oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk terus menjadi pengendali sementara skuad negara, ketika ditanya mengenai perkara itu, tidak menolak kemungkinan berkenaan dengan beberapa pemain berada dalam pemerhatiannya.

“Kemungkinan besar ada pemimpin baru, terdapat dua atau tiga pemain yang mendapat pemerhatian saya namun kita harus tunggu, terpulang kepada perlawanan akan datang.
Pemain tengah Johor Darul Ta'zim (Johor DT), Safiq Rahim (gambar) sebelum ini menjadi pilihan pengendali skuad negara yang lalu, Datuk K Rajagobal dengan Aidil Zafuan Abd Razak dan Safee Sali sekali-sekala turut diberikan tugas berkenaan.
Ditanya mengenai prestasi Safiq, Kim Swee berkata, pemain kelahiran Selangor itu beraksi dengan baik serta sentiasa berada dalam kesebelasan utama dan tidak mempunyai masalah untuk memanggilnya menyertai kem kebangsaan.

“Sekiranya terdapat pemain yang tidak beraksi, mereka akan terkeluar daripada senarai pemilihan, jadi tiada sebab saya untuk memanggil mereka kecuali dalam posisi tertentu yang memerlukan pengalaman,” katanya.

Sekiranya mahu menamakan kapten baru, Kim Swee dilihat mempunyai beberapa pemain yang berkaliber untuk memimpin Harimau Malaya menentang Filipina di Stadium Majlis Perbandaran Selayang pada 1 Mac ini seperti kapten Kelantan, Mohd Badhri Radzi, kapten Angkatan Tentera Malaysia, Hairuddin Omar dan kapten Kedah, Baddrol Bakhtiar yang mempunyai kualiti kepimpinan yang tinggi bersama pasukan masing-masing.
“Saya akan mengeluarkan senarai rasmi selewat-lewatnya Khamis (esok).

Masih terdapat beberapa kekosongan untuk diisi dengan saya akan terus menilai pemain berdasarkan perlawanan yang berlangsung malam ini (semalam) sebelum membuat keputusan akhir namun tiada banyak perubahan (berbanding barisan pemain negara ketika kendalian Rajagobal),” katanya.

Sumber : http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/KimSweemahutukarkapten/Article/index_html

-Luis Garcia-

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home