JDT vs KEDAH-SUKU AKHIR 1 PIALA FA
Stadium Larkin malam ini akan menjadi medan pertembungan
suku akhir 1 Piala FA antara JDT vs KEDAH.Harimau Selatan vs Lang Merah.Kutub
Selatan vs Kutub Utara.Gahnya game malam ni berbanding game suku akhir yang
lain adalah kerana beberapa sebab.Aura dia lain macam sikit.Bukan nak menidakkan
team-team lain.macam yang ramai dah tau,gelanggang keramat JDT tu dah beberapa
kali terpalit kontroversi sebelum ni.bukan nak masuk belah JDT,tapi sejak TMJ
ambil alih ada semacam sedikit angin cemburu dari penyokong-penyokong team lain
dengan JDT.Keupayaan JDT membawa masuk pemain-pemain bintang di pandang sinis
oleh segelintir peminat.Tapi ngaku saja la,sejak dari season lepas lagi,di mana
saja JDT beraksi pasti akan menarik crowd yg ramai.Masing-masing turun ke stadium dengan macam-macam tujuan.Ada
yang ke stadium sebab nak tengok star-star JDT,ada yang semata-mata nk condemn
JDT,macam2 la.Tak kisah la,asalkan stadium penuh,meriah.Tapi yang tak syoknya ada
yang sampai jadi panas.Game Pahang vs JDT baru-baru ni menjadi bukti.Ada macam-macam
video tersebar di laman-laman sosial tentang game tu.Video fan JDT pakai topeng
pon ada.Apa kes masuk tempat orang pakai macam tu.Aku tak berminat sangat nak tau punca gaduh-gaduh
ni.Sebab bila gaduh ni masing-masing nak bagitau dia saja yang betul.Pendapat
aku,jangan buang masa gaduh semata-mata bab bola.Malaysia ni kecik ja bro.Tak masuk
world cup pon sampai nak berdarah bagai.Tak malu ka nanti orang luar kata main
bola tak hebat mana,tapi fan ja yang lebih-lebih.OK,berbalik pada game malam
ni.Unik dan beraura berbanding game lain.Pertama sebab JDT ada ramai
star.Walaupun Pablo Aimar dilaporkan tak diturunkan malam ni kerana masalah
kecederaaan,pemain-pemain lain terutama yang local adalah nama-nama besar dalam
bola sepak Malaysia.
VS
Keduanya,pasukan Kedah.Dengan rekod kemenangan bersih
setakat ini,jumlah 14 gol dalam 4 game dan bolos cuma 2 ramai yang beranggapan
Kedah mampu mencipta sesuatu.Bagi peminat Hijau Kuning,ada yang berasakan masih
terlalu awal untuk pasukan Kedah berasa mantap kerana lawan yang di temui sebelum
ini belum benar-benar mencabar Kedah.Jadi ramai yang mahu melihat keupayaan Kedah
malam ini sebelum kembali memenuhkan Stadium Darulaman(tak die hard fan betui.hehe..)Selain
itu,ada juga penyokong-penyokong negeri lain terutamanya yang ada sejarah tak
berapa nak elok dengan JDT,berminat untuk mengikuti perlawanan ini.Tinjauan aku
dalam beberapa laman sosial menunjukkan ramai peminat negeri lain nak tengok
Kedah menang dengan JDT malam ni.Ada yang siap jadi batu api lagi.Hahaha…apa
punya turr da..Bagi aku pulak,Kedah selaku pasukan underdog pasti akan beraksi
dengan lebih tenang.Tengok dalam Facebook KFA pon player-player Kedah nampak
cool,santai.Jangan TERLALU TENANG sangat sudah.hehe…so,JDT dan KEDAH,tunjukkan kami
permainan yang ada class malam ni.Para penyokong yang ke stadium,jaga kelakuan
ya….
-bluk-
-bluk-
Labels: ligasuper
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home