Monday, June 8, 2015

Persipura dibubar, berita baik buat Pahang?

Persipura dibubar, berita baik buat Pahang?


Juara Piala Indonesia empat kali, Persipura Jayapura dibubarkan semalam, dengan pemiliknya me­nyalahkan kerajaan ke­rana Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) menggantung negara itu daripada terlibat dengan sebarang aktiviti bola sepak.

Persipura Jayapura

“Keputusan membubarkan pasukan ini merupakan sesuatu yang sangat menyedihkan.

“Kerajaan harus bertanggungjawab terhadap perkara ini,” kata Pengerusi Persipura Jayapura, Tommy Mano seperti dipetik kepada media tempatan di Indonesia.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP), Fahrizal Hasan berkata, beliau tidak pasti apakah pembubaran Persipura adalah berita baik buat skuad Tok Gajah.

Katanya, PBNP masih menunggu surat rasmi Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) sama ada Pahang akan diberi laluan percuma atau tidak.

Ia berhubung status perlawanan pu­singan kedua Piala AFC menentang Persipura Jayapura yang dijadual berlangsung pada 24 Mei lalu dibatalkan ekoran tiga pemain import Tok Gajah tidak dibenarkan masuk ke Indonesia kerana masalah visa.

FIFA sebelum ini menggantung penyertaan Indonesia akibat campur tangan kerajaan selepas Kementerian Belia dan Sukannya meminta Persatuan Bolasepak Indonesia (PSSI) menggantung penyertaan dua pasukan selepas mempersoalkan hak pemilikan kelab.

PSSI membatalkan aksi Liga Super Indonesia musim ini bulan lalu selepas kementerian melarang badan induk sukan bola sepak negara itu bertindak mempertahankan penyertaan dua kelab terbabit.

PSSI kemudian cuba menghidupkan kejohanan lain tetapi dihalang pihak kerjaaan yang bertindak mengugut pasukan yang terlibat untuk tidak memberi kebenaran beraksi

“Kerajaan yang membekukan PSSI dan bukan kami yang menimbulkan masalah.

“Kementerian seharusnya lebih tahu mengenai perkara ini berbanding mengugut untuk tidak memberikan kebenaran. Walau apa pun yang berlaku, kami sentiasa menghormati kerajaan,” kata Mano.

Mereka berjaya melangkah ke pusingan kalah mati Piala AFC tetapi perlawanan menentang Pahang dibatalkan pada saat-saat akhir selepas empat pemain apsukan itu tidak dibenarkan memasuki negara itu. Pahang menyalahkan PSSI berubung masalah itu. – REUTERS



Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit
    Recent Comments Widget