Tuesday, June 16, 2015

Atlet renang Filipina diberi markah kosong

John Elmerson Fabriga prepares for a rough landing.


DUA atlet renang Filipina diberi markah kosong selepas gagal melakukan terjunan dengan baik dalam temasya Sukan Sea ke-28. 

Video rakaman aksi terjunan John David Pahoyo dan John Elmerson Fabriga juga menjadi viral selepas dimuatnaik ke laman sosial. 


Pahoyo dan Fabriga bagaimanapun tidak menyesal kerana gagal menyempurnakan terjunan tiga meter berkenaan. 

"Ini bukan kali pertama saya gagal menyempurnakan terjunan," kata Pahoyo dalam satu perkongsian di Facebook, hari ini. 

"Dan saya masih berbangga kerana bukan semua dari kalangan kami mendapat peluang untuk mewakili negara dalam temasya sukan besar," sambungnya. 

"Mampukah anda tersenyum selepas malu di hadapan beribu-ribu penonton?" tambahnya lagi. 

Pelayar laman sosial bagaimanapun berpendapat kedua-dua atlet sudah melakukan yang terbaik. 

"Mereka sudah cuba (yang terbaik). (Rakyat) Filipina tidak akan putus asa. Saya bangga dengan mereka," Kata Jores April. 

Dalam acara tersebut, penerjun negara, Ooi Tze Liang berjaya membawa pulang pingat emas selepas mengumpul 473.55 mata untuk enam terjunan.

Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit
    Recent Comments Widget