Tonggak import Pahang, Dickson Nwakaeme, Damion Stewart dan Zesh Rahman menerima perkhabaran buruk apabila mereka tidak dibenarkan memasuki Indonesia ekoran masalah visa sekaligus menjejaskan aksi Piala AFC mereka menentang Persipura Jayapura yang dijadualkan esok.
Mengikut maklumat yang boleh didapati di akhbar Utusan, insiden tersebut dikatakan berkaitan dengan isu kerajaan Indonesia menggantung segala aktiviti yang melibatkan Persatuan Bola Sepak Indonesia (PSSI).Pihak imigresen Indonesia telah mengarahkan agar tiga pemain itu dihantar pulang.
Walaubagaimanapun, Pahang telah mengambil keputusan untuk kembali ke tanah air, Ketua Pegawai Eksekutif Pahang Fahrizal Hasan berkata Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) akan menyiasat kejadiaan tersebut.
Fahrizal turut meluahkan rasa tidak puas hatinya dilaman twitter dengan mengatakan PSSI tidak mengotakan janji mereka untuk menyelesaikan masalah tersebut walaupun Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) telah memohon visa dua minggu lebih awal.
Sumber: www.stadiumastro.com