Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim berpendapat kemenangan Lions XII jadi bukti mutu bola sepak Malaysia masih dibelakang.
TMJ menyampaikan pendapatnya menerusi laman Facebook rasmi Johor Southern Tigers.Lions XII melakar sejarah baru apabila buat pertama kalinya Piala FA berhijrah ke seberang sejak perlawanan itu diadakan buat julung kalinya pada tahun 1990.
TMJ turut berpendapat Lions XII telah menundukan Kelantan yang dianggap sebagai salah satu pasukan terbaik di Malaysia disamping memiliki 4 pemain import.
Sememangnya kejayaan Lions XII harus dijadikan pengajaran kerana skuad mereka hanya dibarisi anak jati Singapura.
Sumber: www.stadiumastro.com