ISTAF Super Series Malaysia 2014-2015 telah pun melabuhkan tirai dengan kejutan dan kegembiraan buat rakyat Malaysia khususnya. Malaysia akhirnya memecah dominasi Thailand dalam sukan sepak takraw ini apabila regu lelaki berjaya menjinakkan regu Thailand dalam straight set 21-9 dan 21-19. Perlawanan yang menarik ini berlangsung di Melaka International Trade Centre, Melaka.
Kalau dalam bolasepak, Real Madrid vs Barcelona memang dikira sebagai fierce rival, sama la jugak dalam sukan sepak takraw ni. Malaysia dan Thailand sememangnya antara jagoan dunia dan musuh tradisi sejak berzaman lagi dalam sukan sepak takraw ketika ini.
Regu utama Malaysia yang terdiri daripada anak-anak muda tempatan seperti Syahir Rosdi, Hanafiah Dollah, Farhan Adam, Khairol Zaman dan Aizat Azmi sememangnya begitu menyerlah sekali dalam perlawanan ini.
Nak explain secara satu persatu macam lambat ja. Aku terus ke klimaks. hehe~
Secara jujurnya, 2nd set of the match adalah paling menimbulkan resah kerana Thailand berjaya memintas Malaysia dengan kelebihan 3 mata (12-15) sebelum Malaysia kembali menyamakan kedudukan (19-19). Thailand seperti mengetahui yang Syahir Rosdi telah pun menemui rentak servisnya apabila Syahir kerap kali memerangkap Panupong Petlue (feeder Thai) dengan servis kencang sehingga melebihi 70km/h.
Thailand dengan serta merta menukarkan kapten mereka Panupong Petlue dan membawa masuk striker mereka yang kedua iaitu Suriyon Koonpimon. Thailand pada set ke-2 bermain dengan 2 striker sehinggakan regu Malaysia sedikit keliru dengan taktikal Somprn Sunyabut (coach Thai) ini.
Servis Syahir Rosdi memang awesome, tak boleh nak nafikan. Namun, kapten Malaysia, Farhan Adam sememangnya boleh dikatakan penyelamat apabila kerap kali menyelamatkan bola yang bagi saya 'memang tak boleh diselamatkan'.
Hanafiah pada set pertama sememangnya striker yang berkebolehan dan pandai mencari lubuk mata untuk Malaysia. Walaupun libas pari yang dilakukannya tidaklah begitu kencang seperti pemain Thailand, tetapi beliau bijak mencari ruang kosong di kawasan Thailand dan seringkali memerangkap pemain Thailand.
Pada set ke-2, Abdul Talib (coach Malaysia) memasukkan Khairol Zaman yang bagi aku, memang ada kelas. Timing block dan libasan Khairol memang superb. Kemenangan Malaysia pada game ISTAF Super Series ini sememangnya membuka mata rakyat Malaysia untuk mendekati sukan ini dengan lebih dekat.
Walaupun terdapat suara sumbang yang mengatakan bahawa Thailand tidak menurunkan 1st team mreka, tetapi menang tetap menang. Rekod cemerlang ini tetap akan berada di bibir peminat dan pengulas sukan ini. Syabas Malaysia. Well deserved it!
-courtesy of ISTAF Super Series facebook
-bergkamp
Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit