Ronaldo yang merupakan pemegang saham minoriti bagi kelab Fort Lauderdale Strikers mengumumkan bahawa dia akan kembali bermain bola sepak jika dapat menguruskan badannya kembali.
Fort Lauderdale Strikers adalah kelab yang berpengkalan di Amerika Utara. Sebelum ini, kelab ini di kenali sebagai Miami FC. Namun selepas penjemaan semula dan pertukaran lokasi kelab, ia di tukar menjadi Fort Lauderdale Strikers.
Ronaldo yang telah bersara mengalami masalah berat badan. Malah sebelum persaraannya juga, berat badannya telah meningkat sedikit demi sedikit.
Semasa sessi pengenalan di kelab itu dia mengakui dia akan bermain.
"Saya sememangnya cintakan bola sepak. Selepas bersara, saya berhenti bermain kerana badan saya mengalami pelbagai kecederaan. Saya akan cuba untuk mendapatkan tubuh badan yang ideal bagi membantu kelab ini. Saya akan berlatih sebaik mungkin jika jurulatih menginginkan saya"
Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit