Hari ni aku nak tunjuk sikit macam mana nak beli secara online jersey bola pasukan tempatan dekat bolastore.com ni.
Sebab bajet pun ciput, aku dah lama tengok jersey Selangor, macam teringin. Jadi aku pun try la beli guna website bolastore.com ni. Saja nak tengok macam mana management website ni. Kalau service best boleh shopping lagi nanti.
Saiz boleh pilih ikut yang mana nak. Patch, nameset dan numbering pun boleh pilih. tapi kena tambah harga sikit la. Biasa la tu. Tapi aku ambek yang kosong ja. Ni pun dah cukup lawa dah ni woi. Haha~
Lepas dah add to cart, boleh la usha balik shopping cart anda. Mana la tau teringin jersey lain boleh continue shopping. Kalau dah cukup tu boleh terus ke checkout untuk maklumat pembayaran.
Pertama sekali mesti la penjual nak alamat. Isi ja macam biasa. Isi alamat rumah sendiri la, jangan isi alamat rumah kawan pulak, tak pasal-pasal jersey ORIGINAL ni sampai dekat dia. Menangis woi!
Pastu pilih ja alamat yg dah tulis tu dekat situ. Dah bold dengan marker hitam dah pn.
Shipping method bolastore.com hanya guna pos laju saja. Jika ada penambahbaikan akan diberitahu kelak ya.
Untuk bayaran pula. ada 3 cara, macam Internet Banking, Paypal, dan Offline Payment. Since aku ni tak berapa cerdik guna Internet banking, jadi lebih selamat aku guna Offline Payment ja. Paypal lagi la aku tak dak. Hahaha~
Sebab aku dah buat Offline Payment, jadi dia pun dah bagi sekali akaun bank bolastore.com untuk bank ini duit. Seperti biasa, procedure beli online ni kena ambek gambar recipt pastu hantar kat diorg. Ikut je procedure dia, Pasti barang sampai rumah.
Selamat membeli.~
Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit
Dapatkan jersi bola pasukan tempatan yang ORIGINAL di bolastore.com