Siapakah Lutz Pfannenstiel? Memang jarang sangat kita dengar nama ni. Itu pun kalau jarang. Rasanya 99% (kot) tak pernah dengar.
Jika awak tak tahu, saya nak bagi tahu sikit. Dia pernah bermain bersama Penang FA pada tahun 1993. Pernah main dekat Malaysia tu wak.
Sebenarnya, Lutz Pfannenstiel bukan sahaja pernah main dekat Malaysia. Dia pernah bermain bersama Germany, England, New Zealand, Singapore, United States, Brazil, South Africa, Finland, Belgium, Canada, Namibia, Norway, Armenia dan Albania. Semuanya 15 negara. Dan bermain untuk 25 kelab sepanjang kariernya dari 1991 - 2010.
Antara kelabnya ialah:-
1991-93 Bad Kötzting
1993-94 Penang FA
1994-95 Wimbledon
1995-96 Nottingham Forest
1996-97 Orlando Pirates (loan)
1997 Sembawang Rangers
1997 Tampereen Pallo-Veikot
1998 FC Haka
1998-99 SV Wacker Burghausen
1999-2000 Geylang United
2001 Dunedin Technical
2001-02 Bradford Park Avenue (loan)
2001-02 Huddersfield
2002 ASV Cham (loan)
2002-03 Bradford Park Avenue
2002 Dunedin Technical
2003 Bærum SK (loan)
2003 Dunedin Technical
2004 Calgary Mustangs
2004-06 Otago United
2006-07 KS Vllaznia Shkodër
2007 Bentonit Ijevan
2007 Bærum SK
2007 Vancouver Whitecaps
2008 America FC
2008 Hermann Aichinger
2008-09 Flekkerøy Idrettslag
2009 Manglerud Star
2009-10 Ramblers
Selain itu, dia pernah di sahkan meninggalkan dunia ketika bermain semasa perlawanan di antara Bradford Park Avenue menentang Harrogate Town yang mana dia telah bertembung dengan pemain Harrogate Town, Clayton Donaldson dan telah berhenti bernafas namun fisiologi berjaya memberikan pernafasan mulut-ke-mulut dan dia kembali bernafas.
Sejarah bola sepaknya juga menyaksikan dia telah di jel selama 101 hari semasa bermain di Singapura di atas kes rasuah. Namun tiada bukti kukuh tentang penglibatannya dan seterusnya di bebaskan.
Amacam? Legend kan? Walaupun pernah menolak sebagai penjaga gol no. 2 di belakang Oliver Hahn, tapi perjalanan kariernya lebih hebat dari pemain lain. Takdak sapa nak celen ni.
Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit