Gary digantung 3 bulan dan didenda RM50,000.00 |
Boleh tahan jugak isu nie.. Dan akhirnya, semuanya telah berakhir. Gary digantung dan didenda, dan JDT juga didenda. Sumber aku dapat melalui Persatuan Bola Sepak Kedah sebentar tadi. Berikut adalah huraiannya..
Menurut Penolong Pengurus Kedah FA, En Shafazizam Baderon, Jawatankuasa Status Pemain FAM telahpun memutuskan keputusan berhubung pertikaian pemilikan Gary antara JDT, Pahang dan juga Kedah adalah tidak mengikut prosedur yang ditetapkan oleh FAM. Oleh itu, FAM memutuskan bahawa:
a) FAM putuskan Gary memulakan karier di Harimau C (walaupun dia diambil dari akedemi Kedah melalui Sekolah Al-Bukhary ke Sekolah Bandar Penawar. Jadi, Gary diberikan status 'free agent' selepas dilepaskan oleh Harimau A pada 1 December 2014.
b) Gary dan JDT melanggar kontrak perjanjian yang mana menandatangani kontrak pada 21 November 2014 sebelum surat pelepasan dari FAM dikeluarkan pada 1 December 2014 (yang menyatakan pasukan asalnya Kedah).
c) Gary digantung 3 bulan dengan denda RM50,000.00 kerana menandatangani kontrak secara tidak sah bersama JDT
d) JDT didenda RM100,000.00 kerana menandatangani kontrak secara tidak sah dengan Gary
e) Sebarang perjanjian kontrak antara Gary dan mana-mana pasukan dikira terbatal sama sekali
f) Sebarang rundingan dari mana-mana pasukan untuk mendapatkan Gary boleh dibuat selepas tamat tempoh penggantungan 3 bulan berkuatkuasa hari ini.
Surat pelepasan Gary bertarikh 1 December 2014 |
Dapatkan jersi bola murah di Stylo Outfit