Wednesday, December 10, 2014

Terkini, penyokong Vietnam masih tenang.


Jangkaan awal para pemain Harimau Malaya mungkin diancam oleh para penyokong Vietnam sebaik tiba di bumi Hanoi menjelang separuh akhir kedua Piala AFF ternyata meleset sama sekali.

Sejak tiba Isnin lalu, para pemain negara langsung tidak menerima sebarang kecaman atau sebarang provokasi secara langsung daripada penyokong-penyokong Vietnam seperti yang diramalkan berlaku akibat ‘tindakan bodoh’ segelintir penyokong Malaysia sewaktu perlawanan separuh akhir pertama Ahad lalu.

Sesi latihan di sebelah malam yang dijalankan di padang berhampiran Stadium Nasional My Dinh bagi menghadapi perlawanan separuh akhir kedua Piala AFF 2014 ternyata dapat berlangsung dengan aman walaupun hanya kawalan keselamatan minimum diberikan oleh tuan rumah.

Situasi itu membuatkan jurulatih Harimau Malaya, Dollah Salleh berasa amat lega kerana para pemain langsung tidak mendapat gangguan mental di sebalik laporan-laporan awal terhadap ugutan keganasan yang mahu dilancarkan oleh peminat Vietnam.

“Tak ada sebarang gangguan yang kami terima sebaik tiba di sini sejak semalam dan tiada masalah besar dalam membuat persiapan menjelang perlawanan.

“Apa yang paling penting, fokus para pemain cukup tinggi dan saya kini bekerja keras mahu memulihkan kembali moral mereka.

“Mood pemain memang sedikit jatuh dan saya sendiri agak hampa namun kita sudah tiada pilihan lain kecuali mempertingkatkan prestasi dalam masa dua hari ini,” katanya ketika ditemui pemberita semalam.

Berdasarkan pendedahan di media sosial seperti Facebook, sebahagian penyokong Vietnam menyatakan kecenderungan mahu membalas dendam terhadap apa yang berlaku ke atas rakan-rakan mereka di Stadium Shah Alam Ahad lalu.

Mereka turut melakukan provokasi terhadap beberapa tonggak Harimau Malaya seperti Safiq Rahim sambil berjanji pemain itu akan diberi layanan buruk sepanjang perlawanan.

Sedar rekod Harimau Malaya yang agak buruk tiap kali bertandang ke Hanoi, Dollah mahu mengetepikan segala statistik berkenaan kerana baginya itu semua sudah menjadi sejarah.

“Tidak dinafikan memang sukar buat kami untuk menang di sini, namun bukan sesuatu yang mustahil.

“Yang penting semangat pemain kena tinggi dan mereka sepatutnya kena meneruskan momentum yang kita bina semasa berdepan Thailand serta Singapura di peringkat kumpulan.

“Mental kita kena kuat dan apabila lawan menjaringkan gol, jangan berputus asa, ambil contoh masa lawan Singapura.

“Walaupun lawan berjaya menyamakan kedudukan ketika perlawanan berbaki beberapa minit lagi tetapi pemain-pemain kita masih mampu mendapatkan gol


Dapatkan jersi bola murah di Stylo Shop
    Recent Comments Widget