Thursday, December 18, 2014

Shukor Adan masih belum mahu mengalah.


Walaupun sedar kekalahan 2-0 kepada Thailand sesuatu yang sukar untuk di­atasi pada perlawanan akhir kedua Sabtu ini, ketua pasukan Harimau Malaya, Shukor Adan masih belum mahu mengalah.

Tetap optimis Stadium Nasio­nal, Bukit Jalil bakal membawa tuah kepada Harimau Malaya dalam usaha memadamkan defisit dua gol dibawa Thailand, Shukor menegaskan api perjuangan dia rakan-rakannya masih menyala.

“Apa jua keputusan hari ini kita tidak boleh salahkan sesiapa. Perkara sudah berlaku dan kita kena fokus perlawanan kedua di Kuala Lumpur.

“Biarpun kelebihan dua jari­ngan itu dilihat sesuatu yang mustahil namun berdasarkan kekuatan Thailand pada malam ini, kita akan tengok apa yang berlaku nanti kerana masih ada 90 minit,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan semalam.

Dia bagaimanapun mengakui kecuaian sendiri skuad negara menjadi punca kepada kemena­ngan Thailand selain kekuatan lawan di bahagian tengah.

“Sebenarnya, saya lihat kami yang melakukan kesilapan sendiri sehingga membuka ruang kepada Thailand mendapatkan dua jari­ngan.

“Saya juga nampak banyak gera­kan-gerakan berbahaya mereka berpunca di bahagian tengah dan banyak kali menghukum pertahanan,” katanya.

Dalam masa sama, pemain berusia 35 tahun itu turut berpesan kepada penyokong Harimau Malaya agar tidak berputus harap dan memberikan sokongan kepada mereka pada perlawanan akhir kedua di Bukit Jalil kelak.

“Kepada rakyat Malaysia, janganlah putus berdoa. Kita sebenar­nya masih ada peluang kerana kita akan bermain di tempat sendiri.

“Teruskanlah beri sokongan kerana kami selaku pemain amat memerlukan anda semua untuk memberi semangat dalam aksi kedua,” katanya. – UTUSAN

Dapatkan jersi bola murah di Stylo Shop
    Recent Comments Widget