Friday, December 12, 2014

Razif mohon maaf pada Chong Wei



BEKAS pemain negara, Razif Sidek semalam mengeluarkan permohonan maaf dan menarik balik kenyataannya dalam akhbar harian Bahasa Malaysia dan Cina berikutan kenyataan yang dibuat mengenai pemain nombor satu dunia, Datuk LeeChong Wei sebelum ini.

Menerusi kenyataannya, Razif memberitahu dakwaan dan fitnah yang dilemparkan terhadap Chong Wei adalah palsu dan tidak berasas.


“Saya secara ikhlas dan dengan sepenuh hati memohon maaf kepada Chong Wei untuk sebarang kerosakan, kesusahan dan rasa malu yang disebabkan oleh kenyataan saya yang telah mempersoalkan integriti dan kejujurannya.

"Saya berjanji di sini bahawa saya tidak akan membuat sebarang pernyataan lanjut atau tuduhan yang tidak berasas dan berniat jahat terhadap Chong Wei," katanya.

Pada 11 November lalu, Razif yang juga bekas pemain badminton negara dilaporkan akhbar Kosmo sebagai berkata, Chong Wei sudah lama menggunakan dadah seperti hasil ujian ‘doping’ awal bulan lepas.

Katanya, ramai pegawai dalam Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menyedari kesalahan dilakukan Chong Wei tetapi tiada yang berani bersuara kerana kredibilitinya sebagai jaguh dunia.

Malah, Razif dilaporkan berkata, Chong Wei sanggup mengupah seorang doktor dari luar negara bagi tujuan itu.

~sinar harian~







Dapatkan jersi bola murah di Stylo Shop
    Recent Comments Widget