Sunday, December 28, 2014

Boxing Day untuk peminat bola sepak EPL




Boxing Day untuk peminat bola sepak EPL sudah pun dilabuhkan tirai, dan ternyata pasukan-pasukan di Top 3 liga seperti Chelsea, Manchester City dan Manchester United menang bergaya ke atas lawan masing-masing dengan defisit 2 gol.

Kelab-kelab yang masih bersaing untuk tempat teratas liga seperti Arsenal, Tottenham, dan Southampton juga berjaya menewaskan lawan mereka, sekaligus pergelutan untuk tempat ke-4 liga semakin sengit dan mendebarkan.

Diego Costa menjaringkan gol kedua Chelsea ketika bertemu West Ham United


Tidak dilupakan juga, prestasi semasa West Ham United membuatkan ramai penganalisis bola sepak terkejut dengan prestasi mereka setakat half league ini. West Ham menduduki tempat ke-5, mengatasi Arsenal, Liverpool, dan Tottenham.



Namun, hari Ahad 28/12/2014, EPL akan kembali selepas berehat 2 hari dan perlawanan tumpuan bagi admin adalah Southampton vs Chelsea, dan Tottenham vs Manchester United.


Admin mungkin akan cuba untuk menganalisi game Tottenham vs Manchester United sebab 2 kelab ini menunjukkan prestasi semasa yang baik. Wayne Rooney, Radamel Falcao dan Robin van Persie semakin menemui rentak permainan di United, manakala prestasi Harry Kane, Nacer Chadli dan Christian Erikssen pula semakin bagus. 

Pada admin Manchester United mungkin ada sedikit kelebihan, namun apa-apa hal pun boleh terjadi dalam bola sepak ini. Apa-apa pun, enjoy your weekend!

-p/s: Pray for Pantai Timur

-bergkamp-

Dapatkan jersi bola murah di Stylo Shop
    Recent Comments Widget