Friday, November 21, 2014

Seteruk mana pun Harimau Malaya, namun aku masih sayang mereka..


Walaupun pendapat-pendapat aku dalam Stylo Sport nie kebanyakkan mengkritik pasukan Harimau Malaya, namun, atas sebab patriotik aku kepada Malaysia, aku masih menyangi pasukan Harimau Malaya. Bukan atas dasar benci, dengki mahupun irihati tetapi kebanyakkan keputusan yang dibuat untuk Harimau Malaya, kebanyakkannya tidak berpadanan dan perpatutan dengan keadaan semasa.

Andai kata aku sememangnya tidak menyokong Harimau Malaya, amana mungkin saban hari aku boleh bercerita mengenai mereka di sini. Baik aku tumpukan sepenuhnya berita-berita diluar sana seperti Liga Perdana Inggeris, La Liga, Serie A ataupun Bundesliga.


Aku yakin, bukan aku seorang sahaja berpendapat sedemikian. Dengan bermulanya kejohanan AFF Suzuki Cup 2014, maka seluruh rakyat Malaysia akan memerhati dimana kita dan tahap kita dipersada antarabangsa, walaupun pada hakikatnya sekadar di peringkat Asean sahaja. Orang akan bercakap baik mahupun buruk akan pasukan Harimau Malaya. Kalau bagus, baiklah bunyinya nanti, dan jikalau buruk prestasinya, maka busuklah nama Harimau Malaya nanti.

Ramai kawan-kawan aku dah tidak lagi berminat akan berita mengenai bola sepak tambahan pula mengenai skuad Harimau Malaya, alasan, mereka dah tahu Malaysia nie tak akan kemana, dan yakin Malaysia nie akan berada ditahap itu sahaja tanpa perubahan. Pernah kita terfikir, kena orang berperdapat sedemikan? Jawapan nya senang sahaja, mereka dah bosan dengan dunia bola sepak Malaysia. Dah bosan degan karenah politik dalam bola sepak Malaysia. Dah bosan untuk menyokong pasukan Harimau Malaya. Kerana apa, kerana tiada perkhabaran positif langsung mengenainya.

Tapi aku, masih setia, walaupun bertimbun-timbun kritikan yang aku tulis. Sebabnya, aku masih sayang kepada pasukan negara, Harimau Malaya tercinta. Skuad telah pun ditetapkan, pemain telah pun melakukan persediaan, malah peminat-peminat pun telah berpusu-pusu untuk ke Singapura untuk menyokong Harimau Malaya. Pesanan aku, jangan kecewakan kami, rakyat Malaysia.

Selamat berjuang Harimau Malaya.


Dapatkan jersi bola murah di Stylo Shop
    Recent Comments Widget