Thursday, November 13, 2014

Malaysia 0 - 3 Syria - Pandangan Admin


Hanya 11 hari sebelum perlawanan pertama Malaysia dalam piala AFF, Harimau Malaya menentang Syria dalam persediaan terakhir sebelum sepak mula piala AFF.



Bukan nak cakap apa lah, tapi macam banyak kekurangan skuad ni. Defend kiri dan kanan memang out la. Tapi yang paling ketara sekali, defend kanan. Mahali nampak 'berat' sangat. Tak ada overlapping

Tapi defend tengah beraksi agak baik. Fadhli Shas dan Muslim kembali bersefahaman setelah kedua-dua tidak bergandingan. Pujian juga harus di berikan kepada Azmi Muslim yang kadang kala turut membantu turun ke bawah membantu Fadhli dan Muslim

Pertukaran antara Aidil dan Mahali baru nampak bahagian kanan melakukan serangan. Tapi kurang nampak bisa di bahagian kanan

Bahagian midfield agak goyah. Gandingan Baddrol, Shukur Adan dan Azamudin Akil nampaknya kurang serasi. Kurang merencana serangan ke bahagian hadapan. Tetapi berhasil mencipta sedikit peluang. Namun selepas kemasukan Piya dan Hafiz Kamal, bahagian tengah banyak merencana serangan. Azamudin Akil langsung tenggelam. Kunanlan banyak bantu bahagian serangan

Di bahagian serangan pula, Amri Yahyah gagal bergandingan dengan Mat Yo. Kurang persefahaman. Kemasukan Indera Putera, Safee Sali dan Manaf Mamat juga tidak cukup menunjukkan keserasian kerana di masukkan di minit akhir perlawanan

Harimau Malaya juga terlalu banyak bermain long pass berbanding Syria yang bermain short pass di atas padang yang basah. Ketajaman serangan sudut Harimau Malaya juga langsung tiada. Free kick yang di ambil Baddrol boleh di katakan OKlah. Sebab bukan banyak pun dapat free kick

Secara keseluruhannya, Harimau Malaya sepatutnya bermain short pass dan memerlukan seorang playmaker di bahagian tengah yang boleh merencana serangan




dah, malas nak cakap banyak lah. cukup lah komen sikit-sikit. kang kena ban dengan FAM pulak. Hohohohoooo


Dapatkan jersi bola murah di Stylo Shop
    Recent Comments Widget