Tuesday, November 18, 2014

Dolah abaikan Kecik dan Messi Kedah?


SINGKIR KECIK, MESSI KEDAH BAKAL MERUGIKAN HARIMAU MALAYA?


SEJUJURNYA saya terkejut membaca laporan akhbar berhubung tindakan drastik Pengendali Harimau Malaya Dollah Salleh (DH) mengugurkan dua bintang muda bola sepak negara Wan Zaharul Nizam Wan Zakaria (Kecik TRW) dan Mohd. Farhan Roslan (Messi Kedah) menjelang saingan Piala Suzuki AFF di Singapura dalam bulan ini.

Pada hemat saya tindakan menyingkirkan dua tonggak muda ini boleh disifatkan sebagai satu KERUGIAN yang amat besar buat pasukan negara.

Ini kerana, kedua-dua pemain tersebut mempunyai prospek besar sukan bola sepak tempatan yang boleh memberikan impak sekiranya diberikan peluang dan ruang secukupnya.

Namun malangnya, aksi yang mereka peragakan ketika bersama pasukan masing-masing dilihat gagal menepati cita rasa DH, sekaligus harapan peminat bola sepak tempatan untuk melihat aksi bersama Harimau Malaya untuk saingan Piala Suzuki AFF tahun ini lebur.

Pengalaman jadi pemisah??

Saya akui, pengalaman mungkin menjadi salah satu faktor pemisah kenapa DH tidak mahu mengambil risiko dengan menyenarai dua pemain ini.

Messi Kedah masih baharu untuk di angkat bagi menggalas tugas diperingkat antarabangsa, tetapi tidak salah kita memberikan ruang dan peluang kepadanya untuk membuktikan kehebatan.

Harus diingat, pengalaman tidak akan dapat ditimba sekiranya tidak diberikan peluang untuk merasaikan.

Jadi tidak salah kita berbuat demikian, saya percaya DH pernah mengalami situasi yang sama satu ketika dahulu diberikan peluang untuk memperagakan kehebatan bersama pasukan kebangsaan.

Saya percaya jika Messi Kedah diberikan peluang dia pasti akan memberikan persembahan terbaik bagi membalas kepercayaan yang diberikan oleh jurulatih.

Berbalik kepada Kecik, namanya dalam arena bola sepak tidak perlu lagi diperkenalkan kerana ramai sudah tahu akan keupayaan bintang kelahiran Kelantan ini.

Pengalaman luas di peringkat antarabangsa ketika menyarung jersi Harimau Muda A dan beraksi di Liga Slovakia satu ketika dahulu mungkin sudah mematangkan pemain berkenaan.

Lihat sahaja corak persembahan yang diperagakan oleh pemain berkenaan sepanjang menabur bakti bersama Harimau Muda A, begitu juga dengan aksi membantu The Red Warriors dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Adakah anak kelahiran Kampung Kedemit Wakaf Baharu ini masih lagi mentah untuk dipanggil menyarung jersi Harimau Malaya??

Andai prestasi semasa menjadi ukuran, pada saya Kecik lebih layak untuk disenaraikan dalam skuad ke Kota Singa kali ini berbanding S. Kunalan bagi menggerakan serangan di bahagian sayap.

Dari segi kemahiran individu dan larian, sosok tubuhnya yang kecil membolehkan pemain ini membuat larian-larian pantas sekaligus memudahkan jentera serangan untuk meledakan jaringan.

Bukan itu sahaja, kebolahan pemain ini beraksi di bahagian kiri dan kanan sepatutnya dimanfaatkan oleh DH.

Tapi sayang tidak diberikan peluang itu tidak diberikan kepada kedua-dua pemain ini untuk beraksi bersama pasukan HM.

-AbeYa23- https://www.facebook.com/kelate.net



Dapatkan jersi bola murah di Stylo Shop
    Recent Comments Widget