Friday, October 31, 2014

WARIS bakal menjadi pemain Man United





Manchester United kini sedang memerhatikan Waris untuk di serapkan ke dalam skuad Man United.


Abdul Majeed Waris, penyerang yang berusia 23 tahun, berasal dari Ghana kini menyarung jersi kelab Turki, Trabzonspor.

Ryan Giggs telah memerhatikan pemain yang meningkat naik ini bermula semenjak Waris menyarung jersi BK Häcken.

Trabzonspor telah mengesahkan bahawa Man United telah mengintai pemainnya itu, namun tiada hitam putih yang mengesahkan bahawa Man United akan membeli penyerang muda ini.




Dalam 13 perlawanan bersama Spartak, dan kemudian Trabzonspor, Waris telah gagal untuk mencari gol. 

Permainannya agak menurun setelah menyarung jersi Trabzonspor, tetapi dia masih di idamkan kerana kecepatan dan kelincahan di atas padang. 

Dia telah mendapatkan waktu permainan biasa untuk Trabzonspor, sehingga kemungkinan bahawa dia akan kembali menerjah gol tidak lama lagi.



Dapatkan jersi bola murah di Stylo Shop
    Recent Comments Widget