Meriah beb. Orang beratur panjang untuk mendapatkan tiket-tiket perlawanan suku akhir antara pasukan Kedah dan juga pasukan Kelantan. Memang terbaik. Tiba-tiba teringat zaman aku masa muda-muda. Asal Kedah ada game ja, memang aku sampai ke Stadium Darulaman.
Tiket perlawanan malam ini. Paling mahal, duduk sebelah VVIP, baru RM15. hehehhe |
Kadang kala tue, tiket memang dah sold out, tapi aku sampai jugak kat stadium. Aku tahu, selalunya, bila separuh masa kedua, depa nanti dah bukak pintu masuk. So time tue dah boleh masuk free. Bahagia beb.
Sekarang nie dah duduk jauh, payah sikit aku nak menapak ke Stadium Darulaman. Kalau balik kampung pun, memang tak sempat nak ke Aloq Setaq untuk menonton perlawanan Kedah, tak kiralah sama ada perlawanan liga mahupun Piala Malaysia.
Kepada pasukan Kedah, berjuanglah. Kepada pasukan Kelantan, tak payah la 'gomo' kuat-kuat sangat yer. Bagi la chance kat kami pulak..
hehehhehe....
kredit gambar: fb KFA
Dapatkan jersi bola murah di Stylo Shop