Tuesday, October 7, 2014

Mereka yang kata tidak gagal, sebenarnya mempunyai pengetahuan sukan cetek.



“Mereka yang kata tidak gagal, sebenarnya mempunyai pengetahuan sukan cetek.”

Demikian sindiran pengkritik sukan tanah air, Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim mengenai prestasi merudum kontinjen negara di temasya Sukan Asia Incheon, baru-baru ini.

Malah, menurutnya, individu yang cuba menegakkan benang basah itu harus dihantar ke sekolah untuk belajar lebih mendalam berkaitan sukan terutama membabitkan arena sukan tanah air.

Biarpun enggan menamakan individu itu, Kay Kim mahu mereka yang bertanggungjawab di atas kegagalan mencapai sasaran itu supaya berundur dan memberi laluan kepada mereka yang lebih ikhlas serta bijak dalam hal berkaitan sukan secara menyeluruh.

“Inilah sikap sesetengah pemimpin sukan di negara kita yang tidak memahami sukan, tetapi masih ingin memimpin sesebuah badan sukan.

“Bagi saya mudah, apabila kita gagal mencapai sasaran bermaksud program yang dirancang itu gagal.

Tidak guna kita beri nama program elit (merujuk Program Elit 2011-2014) yang membawa maksud hebat, tapi akhirnya memalukan kita saja.

“Saya bersetuju dengan kenyataan Menteri Belia dan Sukan (Khairy Jamaluddin Abu Bakar) yang bakal merombak pengurusan sukan negara kerana kita perlukan nafas baru buat merangka program lebih baik daripada sebelumnya,” katanya kepada Arena Metro, semalam.

Sebelum ini, Chef de Mission ke Sukan Asia Incheon Datuk Danyal Balagopal Abdullah tampil mempertahankan koleksi lima emas, 14 perak dan 14 gangsa dengan menganggap pencapaian itu bukan suatu kegagalan walaupun sasaran emas diletakkan itu kurang tiga daripada sepatutnya, sekali gus menjadi pencapaian terburuk dalam tempoh 16 tahun.

Sementara itu, kontinjen negara turut gagal mencapai KPI (Indeks Petunjuk Prestasi) apabila tidak mencapai sasaran tujuh pingat emas di Sukan Komanwel Glasgow dengan sekadar meraih enam.

-myMetro

Dapatkan jersi bola murah di Stylo Shop
    Recent Comments Widget