Tuesday, October 7, 2014

Keadaan terkini Thibaut Courtois, penjaga gol Chelsea.


Kelab Chelsea telah mengesahkan yang Thibaut Coutois telahpun dikejarkan ke hospital setelah perlawanan antara Chelsea dan Arsenal berakhir. Courtois telah menjalani memeriksaan lanjut dibahagian kepala dan keputusan adalah memuaskan. Tiada kecederaan serius pada kepala Courtois selepas pemeriksaan.







Kecederaan Thibaut Courtois bermula setelah beliau berlanggar dengan Alexis Sanchez pada awal perlawanan dan kemudian, beliau terpaksa ditukarkan dengan Petr Čech setelah beliau dilihat terdapat darah mengalir dari telinga beliau. Namun, setelah diperiksa, darah tersebut berpunca daripada kecederaan kecil dari telinga beliau dan bukan dari kepala beliau.


Chelsea menang perlawanan tersebut dengan 2-0 hasil jaringan penalti Hazard dan gol cantik daripada Diego Costa.
 

Dapatkan jersi bola murah di Stylo Shop
    Recent Comments Widget